Saturday, December 28, 2013

Roti Puri @ Roti Arab

First time buat roti puri untuk sarapan.. best.. nak share resepi dengan kawan2.. resepi ni diambil dr group facebook KONGSI2 RESEPI KEK, KUIH DAN LAIN2.. bagus jugak dapt join group masak2 ni. Jadi rajin nak mencuba sbb semua dlm group x kedekut nak kongsi resepi.

Bahan-bahan
500gm tepung gandum

4 sudu minyak masak

1 st garam

1 st gula

2 sudu susu tepung

1/2 paket yis bancuh dengan air suam

Air secukupnya untuk menguli.

Cara-cara:

Uli kesemua bahan-bahan di atas sehingga jadi doh. Kemuadian bulat2kan sebesar bola golf. Perap selama 20 minit.. tutup dengan kain lembab. kemudian canaikan doh tadi, jangan terlalu nipis atau tebal. Goreng dalam minyak yang banyak. Semasa menggoreng, siram2kan dengan minyak. Kuih akan kembung dengan sendiri. boleh cicah dengan kari atau apa2 yg sesuai.

#pastika api sederhana semasa manggoreng. Takut masak x sekata.

Selamat mencuba.

Labels: , ,

Saturday, August 17, 2013

SMSP memories..

Raya 2013 memberi kenangan yg paling bermakna.. Jumpa semula kawan2 sekolah yg sekian lama x jumpa.. Berbelas tahun jugak kut.. Macam2 perubahan kat mereka2 sume.. Masing2 dah berkeluarga.. Ada jugak yg masih bujang trang tang tang.. Harap sgt dpt jumpa ngan mereka lagi.. Akan adakan Reunion tuk anak kelahiran 1979 ni.. He3..

Labels: ,

Tuesday, April 23, 2013

My Precious Iris (MYPI)

Wah, tak sabarnya nak dapatkan MYPI ni.. Sequel untuk ILUS karya Kak Melur Jelita. Nak tolong iklan.
Harga RM35. Boleh mula dapat kat Pesta Buku Antarabangsa PWTC.


Jom baca sinopsis:

Dengan hati ikhlas yang sentiasa mengingati Allah, langit runtuh pun aku tak takut!

Kisah kehidupan yang penuh warna. Tanpa iman dan kasih sayang, jiwa manusia sangat menderita di dalam kolam hati. Seumpama perahu kertas yang belayar di lautan luas. Betapa rapuh dan lemahnya sehelai kertas menahan asakan dari gelombang. Manusia adalah apa yang mahu dipercayai dan apa yang dipercayainya. Hanya berpegang kepada iman dan kasih sayang, adakah sinar cahaya yang ditemui Iris terus digenggamnya? Siapakah lelaki yang berjaya menakluki Iris? Mampukah hidup yang hanya berbekalkan kejujuran menghalang rama-rama Iris daripada terus terbang bebas? Ketika Iris menyedari, dia harus berjuang untuk hidup, maka bagaimanakah akhirnya seorang Iris?

“Kaya raya sampai langit ketujuh sekali pun, saya tak hairan. Tak payahlah nak beritahu semua orang jutawan nombor satu di Malaysia, ada rumah persinggahan di seluruh dunia, francais beribu-ribu satu alam, harta berbilion, berpangkat Tengku, Tan Sri atau Tun sekali pun, kalau tak diescort dengan polis trafik, tak payah berlagak sangat. Itu maknanya tak cukup kaya dan tak cukup hebat, jangan nak bangga sangat dengan kekayaan boy-friend awak tu! Sebatang jarum pun tak boleh dibawa mati!”- FIRMAN

“I ada tiga cadangan nama baby. Cullan-Gaelic meaning spirit of God and handsome, Gavin-Welsh, a fierce and strong warrior. They’re unique and yet go perfectly with the Irish last name. Tapi yang paling memukau nama Aidan dan Iris itu sendiri. Apa saja mengenai Iris sentiasa mengingatkan I ketika di Dublin, Ireland.”- AIDAN

“You tak ada apa-apa perasaan kat I sebab you dah ada orang lain. Macam I tak kenal dengan rupa perempuan macam you. Tak pernah puas dengan seorang lelaki…”- HARIS

Aku diberi gelaran my precious... Sejak awal pertemuan kami... Dia cuba menyedarkan aku dengan cara halus... Aku sangat berharga sebagai seorang gadis maka aku harus menjaga penghargaan itu.- IRIS

PENYOKONG-PENYOKONG KAK MELUR JELITA... MOH KITA..

Labels: , , ,

Friday, March 22, 2013

Chan Rak Ter... (Aku Cinta Kamu)


Lama dah selesai baca novel ni.. Baru skrg sempat buat ulasan. Memang superb.. Tak rugi beli and baca tiap helaian.. Novel kedua Sara Aisya ni..



Dian dan Karn baru beberapa kali bertemu, namun telah berlaku satu kejadian yg tak disangka-sangka. Karn rupanya bukan orang sembarangan. Kerana status Karn itulah masalah rumit timbul dan Dian pun tidak menyangka akan terlibat sama. Karn diculik semasa keluar bersama Dian. Penculik memukul dan hampir2 memperkosa Dian.

Antara dialog Karn:

"Dan paling dahsyatnya... saya cuba paksa awak untuk sembuh. Kenapa saya tak boleh lebih bersabar? Kenapa saya pula yang sakitkan awak?"

" Saya tak boleh janji saya takkan bertindak terburu-buru kalau something terjadi kepada awak. Saya tak boleh janji saya takkan naik gila. Because it's something that my heart choose. Tapi satu yang boleh saya cakap... saya akan cuba jaga nyawa saya, selagi belum ajalnya. I'll protect myself so I can protect you,"

Apa yg terjadi pada Dian? Kenapa Karn cakap macam tu? Yang tu kena baca sendiri.

Disebabkan peristiwa itulah Karn semakin lama menyedari yg dia amat menyayangi Dian. Karn sangat melindungi Dian.

" Cik Dian sekarang dah jadi kelemahan tuan yang paling besar. She's your biggest weakness. And how do we know that he won't take advantage on that,"

Who is 'he'? Ehmmm...

Antara dialog Diaan:

"Tidak. Saya tak terima keputusan ini, dan saya takkan pergi,"

"Kalau saya tinggalkan Siripon sekarang, then awak akan kehilagan saya untuk selama-lamanya. Saya takkan kembali lagi'"

" Saya bukannya jenis orang yang membuat keputusan, hanya untuk berasa menyesal pada keudian hari. Once I decide,I'll see it through till the end,"

Keputusan... keputusan... keputusan... Apakah?

P/S: Untuk peminat novel saya memang rekomen novel ni untuk kalian baca.



Labels: , ,

Monday, March 4, 2013

Perempuan Yang Paling Aku Cinta (PYPAC)


ASSALAMUALAIKUM..

PYPAC...
At last, I got this book! Thanks to Fidah, tolong belikan drpd Acik Lana. Ada tandatangan lg. Haha..





Jom baca sinopsis:

Bunga : Melalui kehidupan dengan diri terpalit dengan 'kekotoran' bukanlah mudah bagi seorang gadis bernama Bunga. Kerana hanyut dan terleka di usia remaja, dia terlanjur perlakuan bersama Karl Hakimi yang memang terkenal dengan jolokan kasanova. Dirinya dibiarkan terkontang kanting menyesali keterlanjuran mereka tatkala lelaki itu melarikan diri ke luar negara.


Dugaan semakin perit apabila dia dibuang keluarga, ditendang dari kolej dan hidup penuh payah tanpa sesiapa di sisinya. Setiap kejerihan yang dilalui menerbitkan rasa benci dan dendam kepada Karl Hakimi. Tidak pernah dia membenci seorang manusia seperti mana dia membenci lelaki yang telah merosakkan seluruh hidupnya itu.

Karl Hakimi : Enam tahun hidup di luar negara, sekali lagi dirinya terlontar ke Malaysia kerana gerak hati yang terusik entah kenapa. Setahun berlalu, mainan takdir telah menemukan dia dengan gadis bernama Bunga sekali lagi. Biarpun Bunga pernah 'disentuh' olehnya, namun malang kerana dia tidak langsung mengingati gadis itu. Bayangan Bunga hilang di celah-celah puluhan wanita yang pernah dia dampingi.

Komitmen kerja akhirnya merantai kaki mereka bersama. Dari hari ke hari, perasaan di hati Karl Hakimi kian aneh. Terdengar pula kisah pahit tentang hidup Bunga gara-gara silapnya, jiwa terhentak keras. Tidak pernah dia terfikir ada hati yang begitu sengsara kerana sikapnya yang tidak bertanggungjawab.

Atas rasa kesal, Karl Hakimi cuba menebus kesilapannya dengan memenangi hati Bunga. Namun perjalanan itu tidak mudah, kebencian dan dendam Bunga setinggi gunung Himalaya. Dan kemunculan Elman serta lelaki misteri bernama Eusoff semakin menyulitkan langkahnya menuju ke hati gadis itu.

“You know what Karl? I’m tired! Haven’t you had enough? You can’t just do that.. leave and expect to come back like nothing’s wrong?.. ~ Bunga

“Although I lived without you before, I don’t know if I could do it now. I need you, I want you Bunga…” ~ Karl Hakimi.


Labels: , , ,

Saturday, March 2, 2013

Cinta Sambal Belacan.

Sekarang tengah layan novel ni... 
CINTA SAMBAL BELACAN.


Sinopsis
Pelbagai taktik yang dilakukan Tengku Azri untuk membuli Lily Athira yang telah diambil Puan Adila menjadi anak angkat apabila ibunya, Mak Esah meninggal dunia akibat darah tinggi. Bagi menguji kepandaian dan kecekapan gadis itu, Tengku Azri sanggup merujuk majalah resipi dan meminta gadis itu memasak menu pilihannya termasuklah membuat pelbagai jenis sambal belacan walaupun dia sendiri tidak pandai memakannya. Puan Adila yang sudah jatuh hati dengan gadis lepasan SPM itu berkeras mahukan gadis itu sebagai menantu. Tengku Azri yang memang tidak pernah melawan cakap mamanya menerima sahaja walaupun di sebalik itu ada perjanjian. Namun akhirnya perjanjian yang dibuat itu memakan diri. Dapatkah Tengku Azri memikatnya kembali?


“Tok umi tu dari dulu dah sibuk nak jodohkan Lily dengan pak su, tapi mama tak layan kehendaknya sebab mama nak Lily jadi isteri Ayie. Tapi kalau Ayie rasa dia tak sesuai dengan selera Ayie, mama tak boleh nak paksa. Kalau Ayie pilih Azzah tu, eloklah lepas kahwin nanti Ayie tinggal dengan keluarga dia.” - Puan Adila



Nampaknya gadis itu sudah pun melepasi tahap bulinya. Apa yang diarah semua dia tahu membuatnya. Apa lagi hendak dilakukan untuk menguji kepandaian dan kecekapan gadis itu? - Tengku Azri



Sepanjang dia mengurus anak bujang Puan Adila, Tengku Azri diperhati hanya suka membulinya dengan kerja-kerja rumah. Kalau dibulinya aku setelah berkahwin nanti macam mana? - Lily Athira

Novel2 sekarang jalan ceritanya lebih kurang jer.. Tapi kalau dah minat, layan kan jer.. haha.. Apa nak dikata...

Labels: , ,

Jangan Lupakan Aku

ASSALAMUALAIKUM...

Jom baca review tentang novel lagi. Kali ni novel Jangan Lupakan Aku, hasil tulisan Iza Safiya terbitan Alaf21 bawah Karangkraf.

.

Elza Zaharah dan Ilham Zackry, mereka bertemu bila Zara menjadi perunding ID untuk banglo Izack. Dorang tak pernah bertemu pun sepanjang Zara menjalankan kerjanya. Izack cuma pantau melalui setiausahanya dan 2 org sepupu yg sengaja dihantar. Zara mmg sangat komited dengan kerjanya. Hasil kerja pun mmg superb. Ibu Izack pula sgt berkenan dengan Zara, dan cuba menyatukan mereka. 

Satu hari tu Izack pernahlah ternampak Zara sedang tidur dlm surau kat banglo tu lepas kerja. Izack mula sukakan Zara. Tapi dia tak tunjukkan diri dia yg sebenar. Izack menyamar sebagai Adam yg bekerja di TNB. Izack selalu mengekori Zara. Sebagai Adam, Izack berjaya merapati Zara dan dapat ikut Zara balik kampung. Masa kat kampung nilah Zara tahu identiti sebenar Izack. Zara pulak sebenarnya pernah berkahwin (nikah gantung) tapi suaminya meninggal. Zara yg jaga family arwah suaminya.

Baru jer dorang kahwin, Izack kemalangan semasa di Desari dan mengalami kecelaruan ingatan. Izack ingat semua ahli keluarganya kecuali Zara. Yang paling sedih sekali Izack igt bekas kekasihnya, Nyiela. Kesian kat Zara masa ni, ada jugaklah part yg mampu menitiskan air mata aku dlm tempoh Izack hilang ingatan.

Izack kembali ke perangai lamanya 10 tahun dulu, masa bercinta dengan Nyiela. Pemabuk, kaki perempuan. Izack berusaha mencari Nyiela, dia juga tak dapat terima hakikat yg dia sudah beristeri. Kerana sayang, Zara membiarkan Izack menjejaki Nyiela. Izack juga sering marah2 kat Zara.

Walaupun tak igt kat Zara, Izack tetap merasakan sesuatu bila Zara tiada atau Zara bersama lelaki lain. Hinggalah satu hari Izack jumpa surat nikah mereka dan bila pemandu Izack, Elias berhenti kerja kerana tak sanggup tgk apa yg Izack lakukan pada Zara. Izack cari Elias dan minta Elias ceritakan segala-galanya. Izack dpt menerima dan dalam masa yg sama cuba mengenali Zara. 

Izack juga masih mencari bekas kekasihnya, Nyiela utk mencari jawapan kepada tentang seorang perempuan berambut panjang dan pandai bernyanyi yg sering hadir dalam mimpinya. Benarkah perempuan itu Nyiela? Bila dah berjumpa Nyiela apa yg terjadi? Bagaimana pula dengan Zara yang setia?

p/s: aku sangat suka dengan novel ni. Boleh bagi 5* kut..


Labels: , ,

Tuesday, February 26, 2013

Asam Pedas Untuk Dia

ASSALAMUALAIKUM...

Tajuk novel ni buat aku tertarik untuk ambil kat rak kedai buku dan terus bayar. Asam pedas, my favourite (orang Melaka kan).. Nyum3..

 

Sinopsis kat belakang buku boleh baca kat bawah ni.


Now, my turn nak buat sinopsis pasal buku ni. Hmm.. hmm..  Kisah suami isteri mmg jadi trend penulis sekarang. Novel ni berkisar tentang seorang wanita (nak kata gadis xleh sbb dia dah ada anak) bernama Ainin Sofiya. Selepas kematian suaminya Ainin terpaksa bekerja menyara hidup untuk mereka sekeluarga. Ainin bekerja sbg pembantu rumah separuh masa di rumah keluarga Ahmad Ziyad.

Ziyad yg sangat menggemari asam pedas yg dimasak Ainin kemudian melamar Ainin dengan alasan utk membantu kehidupan keluarga Ainin. Ainin menerima dgn syarat rahsia perkahwinan mereka dan Ainin tak boleh mengandung. Ziyad amat bertanggungjawab dlm menyara kehidupan Ainin sekeluarga. Kebajikan anak Ainin juga sgt diambil berat.

Pandai betul mereka sorokkan perkahwinan mereka. Ziyad mula jeles bila lelaki lain beri perhatian kat Ainin. Ainin pula mula memikirkan bagaimana nasibnya selepas Ziyad berkahwin dengan Syafinaz (Syafinaz ni perempuan yg Ziyad janji akan kahwini sblm berkahwin dgn Ainin). Ainin mula sakit hati bila melihat Syafinaz, mendengar cerita yg Syafinaz akan kahwin dengan Ziyad.

Zarul, adik Ziyad pulang dr oversea pula menyukai Ainin. Mula lah dia cuba nak ngorat Ainin (tp dia bukan tau Ainin tu kakak ipar dia). Apa jadi seterusnya? Camne pulak dengan kisah Ziyad dan Syafinaz? Kalau nak tau, dapatkan novel ni yg berharga RM21. Tak rugi tau baca kisah ni sampai habis. Memang besttt..


Labels: , ,

Sunday, February 24, 2013

The Wedding Breaker

Assalamualaikum...

Hari ni nak ulas pasal novel ni. The Wedding Breaker (aka TWB) karya Evelyn Rose. Macam novel ompotih kan... Berkisar tentang Ariana Rose dan Tengku Adam Kamil (TAK). Di permulaan cerita kita diperkenalkan dengan sikap Ariana Rose yg sebenar, Ariana yg berani datang ke majlis kahwin TAK dan mengaku mengandungkan anak TAK. Lakonan Ariana menjadi kerana majlis tersebut dibatalkan. Ariana sebenarnya membantu Tengku Juwita membatalkan majlis pernikahan tersebut kerana Tengku Juwita telah menceritakan kpd Ariana sikap TAK yg sebenarnya.


Bagi TAK pula, walaupun dia sebenarnya memang tidak menginginkan perkahwinan tersebut namun dia tetap merasa malu dengan tuduhan Ariana. TAK mula menjejaki Ariana. Orang upahan TAK membawa Ariana ke tempat yg tidak diketahui. Mereka bergaduh dan TAK telah merogol Ariana! TAK kemudian offer Ariana menjadi perempuan simpanannya. TAK berkata dia tidak mungkin akan berkahwin dengan Ariana yg bertaraf rendah (wlupun sebenarnya TAK terpesona dengan Ariana).

Selepas peristiwa itu, Ariana Rose cuba mengelakkan diri dari TAK. Namun mereka tetap juga bertemu, atas urusan kerja. Namun TAK tidak boleh mengelak dari pesona seorang Ariana Rose Hussien. Setiap kali Ariana dgn lelaki lain pasti TAK akan cemburu giler. Hinggalah TAK cuba mengulang peristiwa yg sama, cuba menodai Ariana sekali lagi, namun tidak berjaya.

Ariana melarikan diri sekali lagi. Benarlah jodoh itu rahsia Allah. Sejauh manapun Ariana lari namun telah tertulis jodohnya dengan TAK. Jika nak tahu kisah selanjutkan bagaimana mereka boleh dijodohkan, dapatkan nover The Wedding Breaker.

(saya dapat yang ada tandatangan Evelyn Rose)

Labels: , ,

Friday, February 22, 2013

I Love You, Stupid!


I Love You, Stupid! Mula2 dengar tajuk ni tegelak gak.
Novel kedua karya Kak Melur Jelita. Novel paling tebal yang aku ada. 1389 muka surat. Kalah buku Add Maths masa sekolah dulu. Buku Add Math pun selesai study selama 2 tahun. Tapi buku ni boleh habis dalam masa 2 hari.


Blurb di belakang buku:

KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.
Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I’m bad and I’m dangerous!
Aidan? My main course yang sangat menyelerakan!
“Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris… – Aidan Abang pedas? Eye Mo aku!
“Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni.Handsome dan pedasss!” - Iris
“Kesalahan keempat, cuba menggoda polis. Kesalahan kelima, menghina kerja polis, kesalahan keenam cuba menghalang polis dari menjalankan tugas...”  – Abang pedasInspektor Ebrahim? My parfait, perfect!
“Sir! How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?” - Iris“Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!” - EbrahimFirman? Yucks! Mulutnya, ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya!
“Untuk bodyguard saya… yang sangat macho, stylo… dan…”
“Dan apa?” - Firman“Ermmm… satu hari nanti dan apa, akan terjawab. So biarkan saja tempat kosong itu.” - IrisLara, Farina dan Violet, my divas. We’re hot, sexy and naughty. Bukan sembarangan lelaki boleh mendampingi kami dan kami juga tidak mendampingi sembarangan lelaki.
Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Demi memenuhi hasrat terakhirnya, aku membawa misi yang besar dengan mengharung hidup di tempat asing yang sangat mencabar.
“Anakku, di mana anakku. Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan… Tolonglah, saya merayu.”
Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan… tentang Islam, agamaku… tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta…
“Selama ini saya merasa sepi dan tidak berpunya. Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristighfar…”

Jom baca komen aku lak:

Novel tentang kemanusiaan, kehidupan, kasih sayang. Berkisar tentang Iris yg punya segala-galanya. Iris ke Kemboja kononnya untuk ikut misi kemanusiaan di sana. Tapi sebenarnya dia punya agenda yang lain. Di Kemboja jumpa pulak dengan Firman.

"Tunggu. Apa nama awak?"
"Firman."
"Awak cakap apa? Firman Allah apa?"
(Haha, lawak la Iris masa ni. Suka2 ati dia jer.)

Firman, hero yang cool dalam melayan karenah Iris. Sangat melindungi Iris dengan alasan dibayar oleh Papa Iris. Tapi pada saya dalam masa yang sama pun Firman melindungi Iris kerana sayang.

"Satu lagi, bila bercakap dengan saya... lembutkan suara... redupkan pandangan mata dan tak mahu senyum tak apa tapi panggil saya Firman, bukan hei."
(Cool kan Firman hehe.)

Dalam misi Iris di Kemboja, banyak peristiwa yang berlaku. Pembaca juga dapat belajar tentang kehidupan Melayu Cham di Kemboja. Kisah Ahmad membantu ayahnya menjual air tuak, berjaya mencuit jiwa Iris. Hassan berkulit albino tapi yang mempunyai suara yang merdu. Macam2 yang Iris tempuhi sehinggalah dia ketemui apa yang dicari.

Tak bestlah kan cerita semua kat sini, nak tau beli dan baca sendiri. Kalau aku bagitau semua kat sini, aku pun dah boleh tulis novellah camtu.. haha.. Perasan kan..Tidah rugi beli, walaupun novel ni tebal. Kak Melur Jelita memang tidak menghampakan peminatnya. Dalam bercerita, Kak Melur sempat berdakwah lagi.

Suka tagline novel ni:

CUKUPLAH ALLAH ADA... DIA SENTIASA ADA UNTUKKU

*p/s :Tajuk novel I Love You, Stupid! Tapi bole jumpa beberapa kali jer ayat ni dalam novel. hehe..


Labels: , , ,

Monday, February 18, 2013

Novel Sara Aisya

Karya Sara Aisya, Jodoh Itu Milik Kita. Novel ni jadi novel bestseller. Antara novel kesukaan aku. Kisah antara Dahlia (nama klasik kan..) dan Aariz Danial.


"Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, Jodoh yang Allah telah tetapkan sejah azali..."

Dahlia sepatutnya berkahwin dengan Syafiq (adik Aariz) tetapi Syafiq menghilangkan diri pada hari pernikahan mereka. Untuk menutup malu keluarga Puan Marina meminta anaknya,Aariz pula menggantikan tempat Syafiq. Ibu Lia, Puan Inas tidak setuju.

"Sebab itulah ibu akan doakan Lia, kan? Doakan semoga dia seorang lelaki yang baik, lelaki yang takkan melukakan Lia..."

Mereka berkahwin. Yang bagusnya mereka tidak membenci. Mereka mulakan hubungan mereka dengan baik, bergurau, berkawan. Baca part masa dorang lepas kahwin best sgt. Sweet jer. Lama2 dlm hati pun ada taman.

"Jangalah suka kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!"
"Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri yang baru saya beli. She's a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?"

Sampailah kemunculan semulaaaaaaaa.....

Siapa lagi kalau bukan Dak Syafiq tu. haha.

Syafiq kacau hidup dorg. Syafiq x boleh tgk Aariz hidup bahagia. Bagi dia Aariz dah rampas hidup dia sejak dari kecil. Syafiq gunakan kisah silam Aariz, asal usul Aariz utk pisahkan dorg. 

"Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagiaan yang bernama Dahlia itu... akan aku rampas sekejam mungkin!"

Jahatnya Syafiq kan..Bila tahu pasal Aariz, mampukah Dahlia menerima? Bertahankah cinta mereka? Baca sendirilah ye.


Sebenarnya entry hari ni nak bagitau yang Sara Aisya da ada novel baru. Tengok gambar bawah



Blurp belakang cover:
“Kadangkala kita ingin sekali meneka, menduga dan mengubah suratan yang terhampar di hadapan mata.  Namun siapalah kita untuk menolak takdir-Nya yang tidak terduga?”
Antara Dian Damia dan Karn Klaharn, pertemuan mereka yang istimewa melahirkan sebuah persahabatan yang bersulamkan tawa riang, keindahan dan kebahagiaan. Bagi Dian, Karn ialah peneman di bumi asing Thailand. Bagi Karn pula, Dian ialah teman yang menyenangkan hatinya.
Namun siapa sangka satu tragedi akhirnya memusnahkan segala-galanya. Kerana masa yang salah, tempat yang salah dan bersama orang yang salah, Dian akhirnya terjebak dalam satu konspirasi yang tidak pernah langsung terlintas dalam fikiran warasnya.
“You’re more than just Karn Klaharn. Siapa… Siapa sebenarnya awak? Apa awak nak daripada saya? Kenapa saya mesti terbabit dengan semua ini?!” – Dian Damia
Kerana dia, Dian Damia yang menerima akibatnya. Kerana dia, Dian Damia takkan pernah tersenyum lagi. Dan untuk itu, dia akan membetulkan segala-galanya. Walau apa cara sekalipun yang harus dia lakukan, tidak akan sekali-kali dia teragak-agak. Yang penting, Dian harus diselamatkan!
“Izinkan saya jaga awak… Izinkan saya lindungi awak, Dian…” - Karn Klaharn
Dalam usahanya ‘menyelamatkan’ Dian, tanpa sedar hati lelaki Karn Klaharn mula berkocak hebat. Inikah yang dinamakan cinta? Namun bagaimana kalau rasa cinta ini akan membawa Dian ke penghujung nyawanya? Mampukah Karn menyelamatkan pemilik hatinya sebelum segala-galanya terlambat? Apa pula yang akan terjadi tatkala Krissada muncul di antara mereka berdua? Sungguh! Antara cinta dan nyawa, mungkinkah ada yang menjadi korban?
“Tangan ni dah pernah rampas nyawa manusia lain. Dan saya takkan teragak-agak untuk buat perkara yang sama demi Dian Damia.I would do anything for her...”
Harapnya novel baru ni bila dibaca seseronok baca JIMK. Peminat novel, jom...

Labels: , ,

Sunday, February 17, 2013

SSiD ke kaca TV

Sebenarnya, Saya Isteri Dia! Novel KaryaSeni keluaran Mac yg kubeli tahun lepas. Kisah cinta antara Firash Arshad dan Syafa Aqira.

Syafa sbnrnya kekasih kpd abg Firash bernama Farish (watak ni kejap jer sbb dia mati lepas Firash n Syafa kahwin), tp kerana suatu peristiwa menyebabkan mereka terlanjur. Mama Firash menyuruh mereka berkahwin.


Macam biasalah, dah namanya terpaksa kahwin mestila mula dgn benci kemudian timbul cemburu dan barulah bersayang-sayangan. Dlm masa tu jugak mesti ada watak antagonis kan. Bagi penyedap cerita.

Yg bestnya novel ni akan didramakan. Penerbit drama SSiD ialah Jalena Rejab. Akan ditayangkan dislot Zehra. Maknanya seminggu sekali je boleh tenguk.

Jom kita tgk watak utama yg akan membawa watak Firash Arshad dan Syafa Aqira. Watak Firash dipegang oleh Izzue Islam (pelakon baru tgh naik ni). Syafa pulak Tiz Zaqyah. Tgk pada gandingan ni macam ok. Kita tgk lakonan mereka nanti.



Nantikan kemunculan drama Sebenarnya, Saya Isteri Dia! dislot Zehra setiap Jumaat. Bila? Tungguuuuuu!

Labels: , ,

Saturday, February 16, 2013

Meh, Sandar Pada Aku

Baru selesai baca novel ni.. Kisah yg menarik. Afnan Tasneem, gadis yg ceria, jujur dan luris bendul. Menjalani praktikal di bawah seliaan Syed Nadzhan.


Tasneem gelar Doktor Syed sbgi spesis lelaki terancam. Pandai memberi arahan tanpa tunjuk ajar kpd Tasneem. Yg kelakar nya Anim beranggapan yg Syed Nadzhan ni gay. Siap bagi terjemahan hadis lagi kat Syed Nadzhan.

Kelakar jgk dorg berdua ni. Tp biasalah, bila gaduh2 tu terbit sayang. Syed Nadzhan menidakkan hatinya kerana ada kisah lama yg membuat dia tidak suka perempuan. Tasneem plk pd pandangan sy pertama kali mmg dah terpaut pd Doktor Syed. Namun kerana sikap dan mulut Syed Nadzhan yg selalu menyakitkan hati membuatkan Tasneem tidak suka lelaki itu.

Sehinggalah mereka tinggal serumah. Awal2 pembacaan dah bole agak kenapa mereka berdua boleh serumah. Mungkin sbb dah byk baca novel jd bole agak apa yg akan jd.seterusnya.
Muncul pula Adam Naufal yg pandai  berkata2, Tasneem mula menyenangi lelaki itu. Rupanya, Adam tidak seperti yg dijangka.

Kematian papa n mama membuatkan Syed Nadzhan membuat keputusan yg sgt penting utk hidup mereka berdua. Aleesya, gadis yg terlalu obsesi dgn Syed Nadzhan dari kecil mengalami mental disorder akibat keputusan yg dibuat Syed Nadzhan. Apakah? Tak bolehlah cerita sampai habis. Nak tau kesudahannya baca la novel.


Labels: , ,

Friday, April 20, 2012

Wow... Lama sungguh..

Assalamualaikum..
Lama sungguh aku tak update story kat blog ni..
Almost 4 month..
Tah sebabkan busy ke tah sebab malas..
Tak dapat nak dikesan..
Tapi kemungkinan jugak sebab sejak kembali nya hobi lama membaca novel..
Balik rumah pun sibuk cari novel..
Baca semula novel2 best yg da lama dibeli..
Novel zaman sekolah menengah pun ada yg masih dalam simpanan..
Baca semula la novel tu.. Novel mula2 beli 'versus' karya Fnd..
Klu berkesempatan akan cuba update semula status..
Nak wat review pasal novel ok gak kan...
Ok.. Chowww..
Wassalam...

Labels:

Wednesday, November 23, 2011

Shopping Shawl n Pashmina @ Butikpinkku

Hai, korang..
Hari ni nak cerita pasal shopping..
Shopping selendang jer.. Online.. Senang..
Tak yah pergi kedai dengan bawak anak2..
Tekan2 jer.. Dunia di hujung jari jemari sekarang..
Aku selalu beli shawl or pashmina kat Butikpinkku.blogspot..
Untuk belajar cara2 pakai shawl bole klik di bawah.
Nilah owner butikpinkku, FARA.. Comelkan..
Promote sikit..
Hujung tahun ni butikpinkku ada buat YES..
Jom ramai2 shopping kat situ..

Labels:

Thursday, November 3, 2011

First Day School..

Hari pertama mula bertugas selepas 3 bulan bercuti..
Memang banyak sungguh kerja yg kena buat..
Banyak sangat input yg masuk hari ni.. Otak sampai 'jem'..
Nak2 diberitahu cuti kena datang sekolah..
Kalu dapat tukar Alhamdulillah.. he3..
Moga permohonan pertukaran kali ni diluluskan..
Amin...

Labels:

Wednesday, November 2, 2011

Hadiah Untuk Diri Sendiri

Hari ni 2 November 2011.. Besday aku yg ke 32 tahun, Alhamdulillah.. Sempena besday yg ke 32 ni, aku menghadiahkan diri sendiri dengan netbook baru.. semalam gi Low Yat, cari netbook.. So, berkenan la kat netbook ni.. Laptop lama da bagi adik..
Gi KL semalam naik komuter, misi utama nak gi Citibank sebab nak terminate creditcard, berjaya di'terminate'kan.. haha.. selesai satu masalah hutang..
pastu husband belanja makan kat Tarbush Restaurant.. makan lamb chop.. sedaaappp..
blanja makan bukan sebab besday pun.. sedia maklum, dia mmg x igt tarikh2 ni semua..
pastu baru la gi low yat cari netbook..
dekat kul 5 baru sampai rumah.. ambil anak2 kat taska..
Fawwaz, masuk je buai terus tido dgn lenan.. kat taska tak puas tido gaknya..

Labels:

Friday, September 30, 2011

Berdua

Lama sungguh tak bergambar berdua.

(sla abaikan org2 yg berada di belakang kami ye)

Tak ingat dah bila kali terakhir amik gambar berdua.

Labels:

Sunday, August 21, 2011

My third and last child..


Ni lah putera ke2 aku.. Fawwaz Haziq.. (Fawwaz nama pilihan aku, Haziq nama pilihan suami)

4.8.2011 - aku daftar masuk ke wad.. pagi lagi dah pergi.. sampai jer dewan bersalin (8.00 pagi) daftar nama tapi takleh dapat katil lagi.. kata nurse yg bertugas, wad penuh.. so, kena la menunggu kat bilik bersalin, lalui proses biasa.. cek jantung baby, pasang jarum kat tangan.. pukul 12 tghri baru dapat katil.. Wad 6B katil 6.. Satu mlm aku duduk kat katil 6.. Pukul 12 tgh malam aku kena mula berpuasa.. (org puasa siang, aku puasa tgh mlm)..

5.8.2011 - Pukul 4 pagi aku dikejutkan oleh nursse yg bertugas.. igtkan aku untuk bersiap mandi pukul 6.. pukul 7.30 pagi biasanya slot yg pertama untuk elektif caeserian.. mmg betul pun, kul 7 staf bilik OT dah datang ambil aku untuk ke bilik OT.. Bagus jugak dapat masuk bilik OT awal2 lagi.. Rasa debar2 lak dlm bilik OT kali ni, rasa lama sgt.. masa faris n haifa dulu kejap je rasanya.. masa Fawwaz ni memang lambat sikit.. lepas operate, doktor datang jumpa aku dia cakap pundi kencing lekat dkat parut operate yg lama.. tu yg lmbt sikit.. Fawwaz Haziq lahir pada pukul 8.59 pagi.. 5.8.2011

Lepas operate aku di tempatkan di wad kelas 3, katil 19 (sbb dekt dgn nurse2 yg bertugas, senang nak pantau).. Satu malam jer aku kat katil tu.. esoknya pindah semula ke wad kelas 2 katil 8.. sejuk la pulak duduk bilik aircond.. dua malam lak tu.. rasa macam nak pindah semula ke wad kelas 3.. malam takdela sejuk sgt sb pakai kipas je..

5 hari 4 malam aku kat hospital.. tak dapat jumpa Faris n Haifa.. Rindu betul kat diaorg berdua.. bila keluar je wad, hari isnin masa tu aku ditolak nurse atas kerusi roda.. dengan Fawwaz atas pangku aku.. Nmpk Haifa, aku panggil la.. dia tgk aku pelik jer.. Mungkin sbb nmpak aku pegang baby, atau sb lama tak jumpa.. Faris lak tak kisah pun..

Malam tu jugak gerak balik kampung..

Hari ni usia Fawwaz Haziq dah 17 hari.. Baru dapat update blog ni..

Labels:

Wednesday, July 27, 2011

Klinik Pakar H. Sg. Buloh..

Hari ni gi Klinik Pakar HSB..
Nak tetapkan tarikh caesar...
Minggu depan 4hb kena daftar masuk wad..
5hb (Jumaat) caesar..
Harap semuanya selamat...
Tadi scan baby lagi..
Tengok berat baby dah 3.3 kg.. Cepat je naik..
Minggu depan berapalah gaknya..
Tp berat scan ><400g..
mungkin keluar nanti lebih ringan atau berat..
takpelah, yg penting semua selamat..

Labels: ,