Anniversary

Friday, July 30, 2010

Makaroni Goreng.

Menu malam ni.. Makaroni Goreng.. Husband aku mesti balik lambat hari ni.. Main bola.. So, malas nak masak lauk pauk nya pasal, aku pun cadang masak makaroni je.. Hehe.. Kejap je masak goreng2 ni..
Ni, sedia untuk dimakan..

Rencahnya, daging.. Bahan2 lain biasa la.. Bawang merah n bawang putih, cili kering kisar..
Gambar setelah digoreng cili n masukkan daging..
Taugeh, mesti mau..


Bahan utama, makaroni.. (telah direbus)



Hasil nya, nampak taugeh je kan.. aku memang suka cam ni.. Masuk kan taugeh last sekali.. Kacau kan sikit2 n tutup api.. Makan....



Monday, July 26, 2010

Aquaria KLCC

Ahad, 25 Julai.. Kami ke Aquaria KLCC, melawat hidupan laut yg ada kat situ... Dengan harga tiket RM35/person (memang terasa mahal).. Tapi nak gak pergi tengok.. Faris ngan Haifa free la (bawah 3 tahun).. Tu pun Faris kena tahan, dia igt Faris dah 4 tahun kot..

Mula2 masuk tgk ikan pirana.. Tenang je nampak ikan tu berenang, mgkn tgh kenyang.. Nak tgk ikan pirana makan, kena tunggu pukul 4.. Lambat la pulak..





Yang ni belangkas.. Memang berpasangan kat dalam bekas tu.. Boleh pegang kalau nak..

Ikan Keli Karen.. Hehe (Electric Eel)



Yang ni Kura2 Buaya.. 4 segi bentuknya..


Banyak lagi gambar yang diambil.. Kalau nak tgk boleh pergi ke Facebook aku...

Monday, July 19, 2010

Rambutan n Langsat..

Hari Ahad (semalam) pergi la kenduri kahwin kat Alam Megah, Shah Alam.. Jumpa mak kat sana.. Dia tumpang makngah ke kenduri kawin tu..

Masa sembang kat talifon, Emak ada cakap rambutan n langsat kat rumah dah masak.. Tapi kitaorg byk program ujung minggu.. tak leh nak balik kmpg habis kan buah2an.. byk jemputan kahwin kena pergi, pastu Sabtu minggu ni sekolah la pulak.. jogathon, jogathon.. aku tak pungut pun lagi..

So, sebab kebetulan mak nak datang ke Shah Alam, mak pun bawak la rambutan 2 ikat n langsat seplastik.. Punyalah syiok melantak, tak ingat.. hehe..

Tuesday, July 6, 2010

Faris nyanyi kat Haifa..

Td, tgh dok baring2 sambil tgk anak2ku bermain.. Faris tiba2 pergi ke Haifa nak nyanyi..

Tepuk amai2 belalang susu susu.. (kupu2)
Tepuk Haifa mandai.. (pandai)
siang upah susu..
Haifa jangan nangis..
Mama pergi.. (sambil tengok kat aku)
Tido.. (aku saje wat2 lelap sebanrnya)

Terus tegelak aku masa tu, hilang ngantuk..

Biasa dia nyanyi mama pergi keje/abah pegi keja..