Anniversary

Sunday, November 21, 2010

How to Slide..

Cara2 main gelungsur...



1) Ready..



2) Sengih sikit..



3) Cak

5) Dah sampai

Monday, November 15, 2010

Keputusan Pertukaran Guru

Hari ni keputusan pertukaran guru antara negeri, antara daerah dan dalam daerah diumumkan.. Boleh semak secara online..
Aku pun ada la mintak tukar jugak, saja nak mintak sekolah dekat sikit ngan rumah.. Persediaan nanti anak2 nak sekolah senang..
Tapi, login je, jumpa ayat ni..

Permohonan pertukaran anda tidak diluluskan.


Ada dua orang cikgu kat sekolah aku yg dapat tukar..

Shirley, dpat balik Sabah.. Permohonan bersama ngan suami..
Siti Sakinah dapat tukar daerah..

Tahniah kepada mereka berdua..

Sunday, November 14, 2010

Dua hari yang sibuk..

Khamis dan Jumaat.. 2 hari yang sibuk, berjalan dengan lancar..

Khamis, Open Day.. Boring menunggu parents datang.. Alhamdulillah, berjalan lancar..

Jumaat, Hari Anugerah Cemerlang 2010.. Tahniah pada Hartini and Kak Arfah kerana dianugerahkan sebagai Guru Q 2010..
Sorry Tini.. terpaksa menyibuk kat tempat pendaftaran dan menipu kata tak leh pergi makan.. padahal boleh jer..
Tahniah juga pada murid2 yg terima anugerah dan murid2 yg buat persembahan..

Saturday, November 13, 2010

Wajah kesayangan hamba..

Wajah anak2ku dari kecil sampai sekarang..

Faris Isyraf Bin Musa
Haifa Zahra Binti Musa

Tuesday, November 9, 2010

Lawatan Tahun 4.

2 nov 2010 (Selasa) aku gantikan Kak Yani, ikut lawatan Tahun 4.. saja nak ikut sebab hari tu Birthday aku.. Nak jalan2..

Macam Tahun 3 jugak.. Tempat pertama, Beryl's chocolate Factory.. Kali ni tak beli coklat pun untuk aku, beli yg dikirim Kak Azah n Kak Naz je..

Then, ke Animal Zone KL Tower..

Kat Animal Zone tu, banyak haiwan2 exotic..

Lepas tu barulah naik ke Menara KL.. Tengok cikgu2 ni dok belek beg.. macam nak, tp x beli pun.. he3..

Turun je Menara KL, kami berjalan kaki menempuh hutan di KL.. ha3..
( tak adventure langsung..)

Menempuhi hutan ke Muzium Telekom..

Lepas tu bertolak ke Pusat Sains Negara.. ><>

Pukul 4, bertolak balik ke sekolah..

Monday, November 8, 2010

Trip to Melaka..

30.10.2010 (Sabtu), Kelab Guru SKBSD 1 adalan trip ke Melaka.. Tempat pertama yg kami pergi, River Cruise.. dan selepas tu ke Menara Taming Sari.. Walaupun aku ni anak jati Melaka, tak pernah pun berkesempatan pergi ke tempat-tempat tersebut..

Kami naik kenderaan sendiri je sebab nak terus balik ke kampung.. dah alang2 ke Melaka..

Gambar2 yg sempat diambil.. layanzzz...
1) River Cruise


2) Menara Taming Sari



Turun Menara Taming Sari, sempat la Faris mintak main motor..
Kul 2 pm ke Mahkota Prade, konon nak makan la.. Faris buat perangai lak.. Nampak excavator, nak.. aku tak bagi, dia meraung kat situ.. Terus hilang selera nak makan.. apalagi, cabut la balik..

Sunday, November 7, 2010

Hari Kanak-Kanak dan Jamuan Akhir Tahun (2010)

Hari Kanak-Kanak 2010.. Pada 29.10.2010 (Jumaat).. Persembahan daripada murid2 bagi setiap tahun..
a) Tahun 1 - Tarian 1 Malaysia
b) Tahun 2 - Koir
c) Tahun 3 - Action Song (macam x biase)
d) Tahun 4 - Lakonan
e) Tahun 5 - Drama Tari Ulik Mayang
f) Tahun 6 - Nyanyian
g) Pra-Sekolah - Nyanyian

Sekarang, tgk gambar2 yg sempat diambil..



Pukul 10 pula, bermula Jamuan Kelas Akhir Tahun. Kelas aku makan satay je.. seorang 10 cucuk.. Adalah sikit jajan untuk budak2..

Pukul 11:00 pagi dah settle makan2.. Lepas tu kemas2 sikit.. Dan lepak...

Monday, November 1, 2010

Lawatan Tahun 3..

Lama sungguh tak update blog ni.. Kemalasan melanda... 2, 3 minggu ni banyak aktiviti best kat sekolah.. Akan di'update' secara berperingkat..

Mula2 sekali, Lawatan tahun 3 ke Beryl's Chocolate Factory, Petrosains KLCC dan Aquaria KLCC.. (27. 10. 2010)
Pagi dah pergi ke kilang chocolate.. tak sempat sampai petang budak2 ni dah melantak chocolate..
Aku pun tak dan nak amik gambar.. dok borong chocolate..
Lepas tu bertolak ke KLCC, gi Petrosains.. Aku tak penah masuk Petrosains ni.. So, layan gambar2 di bawah..


Then, gi makan kat Taman KLCC... Nasi goreng dan ayam goreng.. Serta air kosong.. Sebab dah lapar, licin la nasi aku bedal..


Lepas makan, dengan perut mengah2 lagi dah bergerak ke Aquaria.. Aku dah pernah pergi Aquaria, KLCC sebelum ni.. Kali ni pergi takdelah beria-ia sgt..

Pukul 2 dah settle.. Bertolak ke Masjid Negara, solat Zohor.. Sampai sekolah lebih kurang pukul 3 pm.. Cepatkan.. Entahlah...