I Love You, Stupid!
I Love You, Stupid! Mula2 dengar tajuk ni tegelak gak.
Novel kedua karya Kak Melur Jelita. Novel paling tebal yang aku ada. 1389 muka surat. Kalah buku Add Maths masa sekolah dulu. Buku Add Math pun selesai study selama 2 tahun. Tapi buku ni boleh habis dalam masa 2 hari.
Blurb di belakang buku:
KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.
Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I’m bad and I’m dangerous!
Aidan? My main course yang sangat menyelerakan!
“Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris… – Aidan Abang pedas? Eye Mo aku!
“Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni.Handsome dan pedasss!” - Iris
“Kesalahan keempat, cuba menggoda polis. Kesalahan kelima, menghina kerja polis, kesalahan keenam cuba menghalang polis dari menjalankan tugas...” – Abang pedasInspektor Ebrahim? My parfait, perfect!
“Sir! How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?” - Iris“Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!” - EbrahimFirman? Yucks! Mulutnya, ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya!
“Untuk bodyguard saya… yang sangat macho, stylo… dan…”
“Dan apa?” - Firman“Ermmm… satu hari nanti dan apa, akan terjawab. So biarkan saja tempat kosong itu.” - IrisLara, Farina dan Violet, my divas. We’re hot, sexy and naughty. Bukan sembarangan lelaki boleh mendampingi kami dan kami juga tidak mendampingi sembarangan lelaki.
Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Demi memenuhi hasrat terakhirnya, aku membawa misi yang besar dengan mengharung hidup di tempat asing yang sangat mencabar.
“Anakku, di mana anakku. Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan… Tolonglah, saya merayu.”
Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan… tentang Islam, agamaku… tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta…
“Selama ini saya merasa sepi dan tidak berpunya. Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristighfar…”
Jom baca komen aku lak:
Novel tentang kemanusiaan, kehidupan, kasih sayang. Berkisar tentang Iris yg punya segala-galanya. Iris ke Kemboja kononnya untuk ikut misi kemanusiaan di sana. Tapi sebenarnya dia punya agenda yang lain. Di Kemboja jumpa pulak dengan Firman.
"Tunggu. Apa nama awak?"
"Firman."
"Awak cakap apa? Firman Allah apa?"
(Haha, lawak la Iris masa ni. Suka2 ati dia jer.)
Firman, hero yang cool dalam melayan karenah Iris. Sangat melindungi Iris dengan alasan dibayar oleh Papa Iris. Tapi pada saya dalam masa yang sama pun Firman melindungi Iris kerana sayang.
"Satu lagi, bila bercakap dengan saya... lembutkan suara... redupkan pandangan mata dan tak mahu senyum tak apa tapi panggil saya Firman, bukan hei."
(Cool kan Firman hehe.)
Dalam misi Iris di Kemboja, banyak peristiwa yang berlaku. Pembaca juga dapat belajar tentang kehidupan Melayu Cham di Kemboja. Kisah Ahmad membantu ayahnya menjual air tuak, berjaya mencuit jiwa Iris. Hassan berkulit albino tapi yang mempunyai suara yang merdu. Macam2 yang Iris tempuhi sehinggalah dia ketemui apa yang dicari.
Tak bestlah kan cerita semua kat sini, nak tau beli dan baca sendiri. Kalau aku bagitau semua kat sini, aku pun dah boleh tulis novellah camtu.. haha.. Perasan kan..Tidah rugi beli, walaupun novel ni tebal. Kak Melur Jelita memang tidak menghampakan peminatnya. Dalam bercerita, Kak Melur sempat berdakwah lagi.
Suka tagline novel ni:
CUKUPLAH ALLAH ADA... DIA SENTIASA ADA UNTUKKU
*p/s :Tajuk novel I Love You, Stupid! Tapi bole jumpa beberapa kali jer ayat ni dalam novel. hehe..
Suka tagline novel ni:
CUKUPLAH ALLAH ADA... DIA SENTIASA ADA UNTUKKU
*p/s :Tajuk novel I Love You, Stupid! Tapi bole jumpa beberapa kali jer ayat ni dalam novel. hehe..
Labels: aku, melur jelita, novel, review
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home