Wednesday, July 27, 2011

Klinik Pakar H. Sg. Buloh..

Hari ni gi Klinik Pakar HSB..
Nak tetapkan tarikh caesar...
Minggu depan 4hb kena daftar masuk wad..
5hb (Jumaat) caesar..
Harap semuanya selamat...
Tadi scan baby lagi..
Tengok berat baby dah 3.3 kg.. Cepat je naik..
Minggu depan berapalah gaknya..
Tp berat scan ><400g..
mungkin keluar nanti lebih ringan atau berat..
takpelah, yg penting semua selamat..

Labels: ,

Monday, July 25, 2011

Kacang Panjang...

Tanam pokok kacang panjang kat belakang rumah...
Memang subur la..
Dah banyak kali la makan kacang panjang free dr belakang rumah..
he3...
Malas2 nak masak sayur, petik je..
wat ulam sedap, yg masih keras2, muda2 lagi tu..
Ni lah kacang panjang nya..
Best wat ulam..
Pokoknya pun dah mula layu..
dah nak abis suburnya kot..
Tapi baru2 ni, gi jln2 kat belakang rumah (belah luar la)..
Ternampak lak binatang ni... (Korang nampak x?)
Ulat Bulu... Bukan sekor dua, banyak...
Aiyo... geli geleman tengok..
takut budak terpegang jer..
Alamatnya pokok kacang ni akan dimusnahkan..
Lepas ni nak tanam pun sikit2 jelah..
Mungkin tak tanam da kot...

Labels: ,

Sunday, July 24, 2011

Lepak2.. kat luar rumah jer...

Lepak2 kat luar rumah.. Teman anak2 main...
Sambil tunggu abah dorang balik repair motor..
Haifa yang ceria dapat naik beskal besar..
Faris yang kool cam mama nya.. (he3, yelah tu)
Sampai jer motor abahnya sua2 berkerjar ke pagar..
Kena la bawak dorang pusing2 kejap..

Labels: , ,

Aktiviti Waktu Cuti...

Aktivit waktu ujung minggu.. Bersihkan rumah, bersihkan kipas n lampu..
Tapi budak2 ni lain kerjanya..
Dapat tangga, memanjat.. Jarang2 dapatkan.. Tu yg excited semacam..
Haifa yg memanjat paling tinggi..
dia memang berani pun..
Faris, separuh jalan jer dah turun..

Labels: , ,

Saturday, July 23, 2011

Soto...

Sesekali ujung minggu akan masak soto..
Makan dari pagi berulang sampai malam..
Kiranya sampai jelak la..
Tapi, sib baik aku n hubby mmg suka makan soto..
bahan2 yg dah siap...
Haifa da order 1 pinggan soto..
Faris pun nak...Ready...
Siap tuk makan..

Labels:

Thursday, July 21, 2011

Bella Calamidades

Telenovella baru kat TV3..
Suka lak tengok heroinnya.. Cantik.. Cerita ni ada 140 episod.. Panjang giler..
Confirm tak ter'follow'.. he3..

SINOPSIS BELLA CALAMIDADES (TV3)

Telenovela Sepanyol “BELLA CALAMIDADES” yang bermaksud ‘si jelita bernasib malang’ mengisahkan perjalanan hidup seorang anak yatim piatu, Dolores Lola Carrero (Danna Garcia) yang penuh dengan pelbagai rintangan sebelum keajaiban muncul menyelamatkan nasibnya yang malang. Sejak bapanya meninggal dunia, Lola terpaksa menumpang di rumah makciknya dan membesar tanpa kasih sayang. Malah, Lola sering diperlakukan sebagai seorang hamba dan tidak pernah menerima layanan baik daripada keluarga makciknya.


Malangnya, satu hari tragedi menimpa dan Lola melarikan diri pulang ke kampung halamannya setelah menganggap dirinya sebagai penyebab kepada kemalangan yang menimpa makciknya. Lola telah menyembunyikan diri dalam pondok kecil di sebuah tanah perkuburan yang terletak jauh daripada kawasan bandar.

Namun, semuanya bakal berubah dengan kemunculan jejaka tampan bernama Marcelo Machado (Segundo Cernadas)! Siapakah Marcelo sebenarnya dan bagaimanakah jejaka misteri ini bakal membantu menceriakan kembali kehidupan Lola yang suram selama ini?

Jangan lupa saksikan kisah cinta romantis Lola dan Marcelo dalam BELLA CALAMIDADES menerusi slot Telenovela mulai 19 Julai 2011, setiap Isnin hingga Khamis jam 3.00petang, hanya di TV3!

SUMBER ARTICLE DAN ARTICLE PENUH: http://www.perekacerita.com/2011/07/bella-calamidades-tv3.html#ixzz1SjbaAd5D

Labels:

Wednesday, July 20, 2011

Appoinment ngan Doktor Pakar..

Tadi gi Klinik Kesihatan Sg Buloh.. Hari ni kena jumpa doktor tuk dirujuk ke HSB..
Ingat nak suprise la jantina baby.. Aku tak tanya pun jantina baby aku boy or girl.. Dia dah tunjukkan..
Lepas jer siap, terus gi HSB.. Ambil tarikh tuk appoinment dengan Doktor Pakar di Klinik Pakar HSB.. 27.7.2011 ni jumpa doktor dan dia akan bagi date untuk ceaserian baby kami yang ke3...
Masa jumpa doktor kat Klinik Kesihatan Sg Buloh td, dia ada tanya.. Lepas ni nak terus ikat atau belum.. Aku tak tau nak jawab per.. Dia suruh bincang dengan suami.. Sbb klu nak ikat, kena wat terus masa bersalin yg ke3 ni nanti.. Nak ikat ke tak ek...

Labels: