Anniversary

Wednesday, December 10, 2014

Langkawi 2014

Cuti sekolah ni rancang jalan2 ke Langkawi. Book ticket flight bulan Jun lg. Alhamdulillah rancangan menjadi. Kalau tak membazir jer tiket flight.

Flight jam 3.30pm. Kami sewa rumah dan kereta drowner yg sama, ZEETECH HOMESTAY ( klu sape2 nak try bole cr FB nya).

Sampai dah lewat, Day 1: just bawak anak2 mandi kolam yg ada kat kondo ni. Kolam kecik jer, tapi anak2 bertiga ni seronok je dpt mandi main air.

Day 2: Pagi lg dah klua konon2 nak cr sarapan, tetiba Faris muntah2 dlm kereta plak. Tergendala plan nak naik skycab. Tukar rancangan pegi mandi2 kat air terjun dan pantai jer. Ada byk kawasan air terjun di Langkawi ni. Kami pergi ke Air Terjun Temurun. Xde org, monyet2 yg teman kami mandi. Jadi sekejap jelah kat cni, kami pegi ke Pantai Tengkorak plak. Bagi anak2 mandi sampai jemu. Balik petang smbung mandi kolam kat kondo lg.

Day 3: Plan hrni Mangrove n Skycab.. misi berjaya. Pukul 9am Mangrove (ambil package 2 jam)..Naik boat ok ker, yg seramnya naik skycab.. punya curam part nak smpai ke stesyen 1. Huhu.. Petang2 sikit pi jalan2 kat kuah, shopping coklat sikit n kain batik tuk family. Naik flight xleh borong banyak2. Leceh.

Day 4: Time to check out. Pagi sarapan dengan kawan yg dah lama x jumpa yg tinggal di Langkawi, pastu sementara nak tunggu flight pukul 12.30 jalan2 sekejap tgk boat org2 kaya. Tengok jelah. Jam 2pm smpai rumah. Sekian percutian 2014.

Tak habis round Langlawi, ada rezki bole pegi lagi. Lepas ni drive n naik feri plak. InshaAllah kalau panjang umur.

No comments: