Raya 2013 memberi kenangan yg paling bermakna.. Jumpa semula kawan2 sekolah yg sekian lama x jumpa.. Berbelas tahun jugak kut.. Macam2 perubahan kat mereka2 sume.. Masing2 dah berkeluarga.. Ada jugak yg masih bujang trang tang tang.. Harap sgt dpt jumpa ngan mereka lagi.. Akan adakan Reunion tuk anak kelahiran 1979 ni.. He3..
Hari ni keputusan pertukaran guru antara negeri, antara daerah dan dalam daerah diumumkan.. Boleh semak secara online.. Aku pun ada la mintak tukar jugak, saja nak mintak sekolah dekat sikit ngan rumah.. Persediaan nanti anak2 nak sekolah senang.. Tapi, login je, jumpa ayat ni..
Permohonan pertukaran anda tidak diluluskan.
Ada dua orang cikgu kat sekolah aku yg dapat tukar..
Shirley, dpat balik Sabah.. Permohonan bersama ngan suami.. Siti Sakinah dapat tukar daerah..
Khamis dan Jumaat.. 2 hari yang sibuk, berjalan dengan lancar..
Khamis, Open Day.. Boring menunggu parents datang.. Alhamdulillah, berjalan lancar..
Jumaat, Hari Anugerah Cemerlang 2010.. Tahniah pada Hartini and Kak Arfah kerana dianugerahkan sebagai Guru Q 2010.. Sorry Tini.. terpaksa menyibuk kat tempat pendaftaran dan menipu kata tak leh pergi makan.. padahal boleh jer.. Tahniah juga pada murid2 yg terima anugerah dan murid2 yg buat persembahan..
2 nov 2010 (Selasa) aku gantikan Kak Yani, ikut lawatan Tahun 4.. saja nak ikut sebab hari tu Birthday aku.. Nak jalan2..
Macam Tahun 3 jugak.. Tempat pertama, Beryl's chocolate Factory.. Kali ni tak beli coklat pun untuk aku, beli yg dikirim Kak Azah n Kak Naz je..
Then, ke Animal Zone KL Tower.. Kat Animal Zone tu, banyak haiwan2 exotic.. Lepas tu barulah naik ke Menara KL.. Tengok cikgu2 ni dok belek beg.. macam nak, tp x beli pun.. he3.. Turun je Menara KL, kami berjalan kaki menempuh hutan di KL.. ha3.. ( tak adventure langsung..) Menempuhi hutan ke Muzium Telekom.. Lepas tu bertolak ke Pusat Sains Negara.. ><> Pukul 4, bertolak balik ke sekolah..
Hari Kanak-Kanak 2010.. Pada 29.10.2010 (Jumaat).. Persembahan daripada murid2 bagi setiap tahun.. a) Tahun 1 - Tarian 1 Malaysia b) Tahun 2 - Koir c) Tahun 3 - Action Song (macam x biase) d) Tahun 4 - Lakonan e) Tahun 5 - Drama Tari Ulik Mayang f) Tahun 6 - Nyanyian g) Pra-Sekolah - Nyanyian
Sekarang, tgk gambar2 yg sempat diambil..
Pukul 10 pula, bermula Jamuan Kelas Akhir Tahun. Kelas aku makan satay je.. seorang 10 cucuk.. Adalah sikit jajan untuk budak2..
Pukul 11:00 pagi dah settle makan2.. Lepas tu kemas2 sikit.. Dan lepak...
Lama sungguh tak update blog ni.. Kemalasan melanda... 2, 3 minggu ni banyak aktiviti best kat sekolah.. Akan di'update' secara berperingkat..
Mula2 sekali, Lawatan tahun 3 ke Beryl's Chocolate Factory, Petrosains KLCC dan Aquaria KLCC.. (27. 10. 2010) Pagi dah pergi ke kilang chocolate.. tak sempat sampai petang budak2 ni dah melantak chocolate.. Aku pun tak dan nak amik gambar.. dok borong chocolate.. Lepas tu bertolak ke KLCC, gi Petrosains.. Aku tak penah masuk Petrosains ni.. So, layan gambar2 di bawah..
Then, gi makan kat Taman KLCC... Nasi goreng dan ayam goreng.. Serta air kosong.. Sebab dah lapar, licin la nasi aku bedal..
Lepas makan, dengan perut mengah2 lagi dah bergerak ke Aquaria.. Aku dah pernah pergi Aquaria, KLCC sebelum ni.. Kali ni pergi takdelah beria-ia sgt..
Pukul 2 dah settle.. Bertolak ke Masjid Negara, solat Zohor.. Sampai sekolah lebih kurang pukul 3 pm.. Cepatkan.. Entahlah...
Teringat lak kisah2 lama.. Bermula dari Tadika Kemas di Kampung Pantai Belimbing.. Ingat lagu cikgu Tadika ku.. Cikgu Saadiah.. Terima kasih cikgu.. Kerana mula mengajar aku tulis baca..
Sekolah rendah lak, aku ke SK Parit Melana..
SK Parit Melana, now.. Bangunan pun batu..
Masa aku sekolah dulu bangunan kayu 1 blok 2 tingkat dengan tingkap jaring2 dan bangunan batu 1 tingkat. Kalau berlari2 dalam blok kayu mesti bunyi kuat lantai kayu tu dan gegar2.. Ingat lagi cikgu BI aku kalau ngajar, dia ajar pe tah masa tu.. Suruh kitaorg lompat.. 'Lompat la kuat2, roboh sekolah ni korang dapat sekolah baru'.. Ada jugak kawan sekolah aku yang jadi cikgu kat sekolah ni..
Dengan berbekalkan UPSR cuma 2A, 2B (teruk kan result aku).. Aku pun melangkah ke SMSP (SMKSP sekarang) @ Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan..
Dari Form 1 Cempaka - Form 5 Science, aku berada kat sekolah tu.. Sayangnya lah aku kat sekolah tu kan.. Lepas PMR pun aku stay kat situ gak.. memang takde apply mana2..
Ni lah kawan2 ku masa di 4 Science (agaknya).. Aku lum jadi pengawas sekolah lagi masa ni.. Guru kelas aku masa ni, Puan Maszairiani merangkap guru BM ku (betul kan ejaan nama cikgu ni, dulu cikgu marah kalau salah tulis nama cikgu).. Berkat cubitan cikgu la saya dapat A1 tuk BM (Terima kasih cikgu) Tapi cikgu ni dah tak ngajo kat SMKSP lagi..
Lepas Form 5 (lepas dapat result SPM), malu nak cakap resultnya.. aku apply UTM (Universiti Teknologi Malaysia) dalam jurusan Kejuruteraan Awam.. Aku tak tahu pun apa scope2 engineering sebenarnya (maklumlah akukan dari sekolah biasa je, bukan sekolah teknik).. Dapat pulak tu course Diploma in Civil Engineering kat UTM, KL..
Habis je Diploma, terus sambung ke Ijazah lak kat UTM Skudai (masa ni lah sibuk kawan2 dengan suami ku, padahal kami sama2 je dari UTMKL, bary kenal kat Skudai, actually masa kat KL dia dengan org lain, he3)... Punyalah lama aku belajar kan, 5dekat 6 tahun gak la.. Dengan Loan dari MARA.. Asalnya loan, Alhamdulillah dengan pointer yg OK, dapat lah di 'convert' kan ke biasiswa.. So, aku takde hutang pe2 la duit masa belajar kat UTM..
Lagu UTM, Keunggulan Terbilang..
Habis Ijazah ku, setahun gak aku dok tanam anggur kat rumah.. Pastu dapat la jadi GSTT kat
SK Belimbing Dalam.. Gaji cuma RM800 je, ikut SPM (jadilah dari takde kan, syukur).. Pastu mintak KPLI, 2 kali aku mintak KPLI yg pertama aku mintak Pengajian Kejuruteraan Awam (Sekolah Menengah la).. tak dapat.. Kali kedua aku tukar lak mintak Matematik (SR), baru dapat.. Bagus gak dapat sekolah rendah kan.. Dapat kat Maktab Perguruan Batu Pahat.. (now, known as IPTHO)..
Habis Maktab terus dapat posting kat SK Bandar Sri Damansara 1, KL.. Tempat aku mencari rezki sekarang..
Mungkin tahun depan aku leh letakkan LOGO sekolah lain lak kot (kot la dpt tukar school lak).. hehe
Panjang lak entry kali ni.. Jangan boring baca ye..
Oklah, dikesempatan ni aku nak ucapkan TERIMA KASIH, CIKGU.. Pada cikgu2 ku dari tadika sampai lah aku ke SKBSD1..
Hari Sabtu, 13.3.2010 kami beramai-ramai pergi ke majlis perkahwinan Pn Kartini.. 6 buah kereta yg pergi.. Aku n family, Nani sekeluarga, Fidah n Kak Nurul Badariah (dgn anak teruna masing2), Kak Zaidatol sekeluarga, Kak Zaiton sekeluarg, Hanis n Sola..
Janji jumpa di sekolah jam 10 pagi.. Aku yg dok jauh ni ia2 cakap kat husband nak klua awal g sarapan dulu.. Rupa2 nya sangkut jem kat Sg Buloh.. Kul 1o lebih baru sampai sekolah, tak jd g sarapan. Tgk2 da ada kak Nurul.. Husband g beli roti n air kat 1 eleven.. Jadi lah wat alas perut. Sambil2 tunggu Fidah n Nani sampai.. Bertolak dari sekolah dekat kul 11, sampai umah Tini lebih kurang kul 1..
Antara gambar2 yg sempat diambil..
Tahniah Tini n Wan.. Moga kalian bahagia ke akhir hayat..
Mula dari 10.2.2010, aku menghadiri kursus BI di JPNS, Seksyen 4, Shah Alam (lari dari karenah budak2 2 hari)..Kursus sepatutnye bermula pada hari Selasa yang lepas.. Entah mana SILAP nye, sekolah dapat surat pada hari Rabu, melalui Faks.. Petang dekat kul 5 Su call n bagitau aku kena g kursus. Malam tu jugak g survey jalan ke Shah Alam..
Hehe, bukan tak biasa g Shah Alam, selalu sgt gi, tp jadi co-pilot je.. Rabu pagi kul 6.30 aku keluar rumah cam biasa.. 7.15 da sampai, clear je jalan. tak macam gi school.
Seronok gak ikuti kursus ni, sebab kursus ni untuk cikgu2 yang ajar BI tapi bukan opsyen.. pergi balik hari ok lagi la, malasnye g kursus kalau kena bermalam, nak tinggal anak2..
Dah nama nye kursus, mesti kena dok dalam kumpulan dan ada aktiviti berkumpulan.. Lepas tu mesti ada pembentangan..
Salah satu hasil kerja berkumpulan.. tengah kebekuan idea ni sebab sejuk sgt dok bawah aircond..
Sesi pembentangan.. Yang kanan tu salah seorang dari peserta yang mengikuti kursus.. Tapi, macam kenal je kan cikgu ni...
Ni baru fasa 1, Fasa ke2 akan dibuat pada bula 4 nanti..
Hari Khamis yang lepas aku dapat note dari seorang parent.. Note nye ber bunyi...
'Hubungi saya kalau ada apa-apa bayaran kepada pihak sekolah. tolong jangan minta duit atau apa-apa bayaran dari anak saya kerana beliau tidak mempunyai pendapatan BULANAN'
Ada nama dan nombor talifon disertakan sekali.. Aku minta 50sen tuk fotostat worksheet.. Macam tahun lepas, takda la minta duit tuk fotostat sb ada duit kelas.. tp tahun ni tak kutip duit kelas pada awal tahun.. Aku pun bukan minta duit kat anak dia.. Aku cakap kat budak2 kelas, bagitau kat mak ayah bawa duit 50sen tuk fotostat.. Budak2 lain ok je, ada tu tiap2 hari bawa 50sen nak bayar.. padahal aku pungut sekali je.. Parent budak sorang ni je yg masalah.. Susah parent yag terlalu berkira ni.. Padahal da cakap terang2 tuk fotostat worksheet.
Cerita kat husband, mula2 dia panas gak.. Tapi da lama2 dia suruh cakap je kat parent tu kitaorg sedekah je 50sen tuk fotostat tu kat anak dia.. tapi aku tak cakap lagi pun..
Aku ni takde lah berkira sangat, biasa je aku belikan dulu buku tulis tuk anak2 murid aku (dorang akan bayar kemudian la, tp ada gak yg tak bayar tu aku tak kisah pun), especially 3S..