Saturday, December 28, 2013

Roti Puri @ Roti Arab

First time buat roti puri untuk sarapan.. best.. nak share resepi dengan kawan2.. resepi ni diambil dr group facebook KONGSI2 RESEPI KEK, KUIH DAN LAIN2.. bagus jugak dapt join group masak2 ni. Jadi rajin nak mencuba sbb semua dlm group x kedekut nak kongsi resepi.

Bahan-bahan
500gm tepung gandum

4 sudu minyak masak

1 st garam

1 st gula

2 sudu susu tepung

1/2 paket yis bancuh dengan air suam

Air secukupnya untuk menguli.

Cara-cara:

Uli kesemua bahan-bahan di atas sehingga jadi doh. Kemuadian bulat2kan sebesar bola golf. Perap selama 20 minit.. tutup dengan kain lembab. kemudian canaikan doh tadi, jangan terlalu nipis atau tebal. Goreng dalam minyak yang banyak. Semasa menggoreng, siram2kan dengan minyak. Kuih akan kembung dengan sendiri. boleh cicah dengan kari atau apa2 yg sesuai.

#pastika api sederhana semasa manggoreng. Takut masak x sekata.

Selamat mencuba.

Labels: , ,

Sunday, December 8, 2013

Kek Minyak

Kek minyak menjadi kegilaan kat 1 group memasak FB.. macam2 komninasi warna dorg buat. Sampaikan aku pun terpengaruh nak cuba buat kek ni.. senang jer buat kek minyak ni.. sukat pun guna cawan jer.. x payah nak keluarkan penimbang semua..

Resepi: Kek Minyak
Bahan2;
2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak
5 biji telur
1 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
1 sk baking powder
1 sb ovalet
Sedikit vanila
Pewarna

Cara2;
Gaulkan tepung dengan baking powder. Ketepikan dahulu.
Pukul telur, gula dan ovalet menggunakan hingga gebu. Masukkan minyak n vanila. Masukkan susu. Pukul lagi.
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis. Pukul hingga sebati. Asingkan bancuhan kepada beberapa bahagian. Isikan pewarna yg belainan. Kemudian isikan bancuhan td ke dalam loyang, selang selikan untuj dpt corak yanh cantik. Bakar dlm oven selama 45 minit, suhu 160°c.

Setakat ni aku dah cuba buat 4 biji kek minyak.  Kek minyak yg ketiga x menjadi sebab tak pukul dgn betul smpai gebu.

Labels: ,

Friday, December 23, 2011

Triffle... Nyum..nyum...

Tadi try buat Triffle.. 1st time buat..
Nampak cam jadi jer.. Tapi tahla rasanya camne..
hehe..
Ni lah hasilnya..
nak bawak balik kampung esok..
ni untuk kami makan sekeluarga..
ada 5 gelas, sebab 5 org kan
Fawwaz makan? faham2 jelah.. he3..

Labels: ,

Saturday, December 17, 2011

Soto again...

10.12.2011.. Nadia n Nik nak datang rumah..
So, plan nak masak soto..
Husband aku pun ok jer, dia suka la..
Lg pun dah lama tak buat, last buat sebelum bersalin Fawwaz lagi..

Lepas Asar baru dorang sampai..
Nak tgk Fawwaz, thanks ye Nadia n Nik..
Bagi Fawwaz baju..
Jangan risau la, masih boleh pakai baju tu..

Labels: ,