Anniversary

Friday, February 18, 2011

Zoo Melaka 2.

Lepas rehat, pergi tengok harimau lak..
Panas gaknya, tengah berendam dlm air..
Kebetulan, masa untuk harimau ni makan..
Dapat tgk dr cermin, dekat la..
Harimau tu datang kat cermin ni..
Takut gak, rupanya ada ayam diletakkan dekat pintu..


Buaya tengah nganga..


Kura-kura ni punya banyak, bertindih-tindih..
Tp takde kura-kura yg besar macam kat Zoo Negara..
kita minum dulu..
Jumpa pulak buah nangka ni,
nampak sedap jer..
Ni masa naik trem.. RM2 sekali naik.. Budak RM1.. Faris n Haifa free..
Berebut masa naik trem ni..
Manusia2 kat dunia ni tak reti nak beratur gaknya..
Padahal masa sekolah dulu boleh je ikut peraturan..
Kitaorg depan sekali, tapi tak dapat naik trem yg 1st..
Sebab ada lah makhluk yg tak tau nak hormat org..
Main potong Q..
pastu terus cancel naik trem.. Pergi bawak budak2 main2 dulu..
Dah sejuk sikit hati, baru gi semula naik trem..
Sampai kat tempat buaya, driver trem tu bagi rehat kejap..
Tgk buaya lagi.. sambil tu makan2 aiskrim..
Trem yg dinaiki..
Balik kul 2pm..
rasanya gi Zoo Melaka best sikit dari Zoo Negara..
Sebab masa kami pergi Zoo Negara last year banyak sangkar yg kosong..

Monday, February 14, 2011

Zoo Melaka 1.

Balik Melaka baru ni, gi jalan2 ke Zoo Melaka..
Tiket masuk RM7 (dewasa), RM4 (kanak-kanak atas 5 tahun)..
Kami masuk zoo pada pukul 11.00 pagi.
Ni la burung yg mula2 sekali sambut kami..


Jalan sikit tengok Poney ni.. Suruh Faris pegang, dia tak nak..
Baca kat kandang tu ada tulis 'Haiwan ini menggigit'..
Ha2.. Nasib baik tak usik lagi.. Tanda amarannya jauh sangat dari Poney ni..


White Rhyno..


Tapir.. Tapir ni ada sikit kecederaan kat belakang badannya..
Gaduh agaknya..


Burung apa ni ek.. Spesis bangau kot..


Sebenarnya nak ambil gambar binatang dua ekor ni tengah bercumbu-cumbuan..
Tapi tak sempat.. he3..


Ni dalam sangkar untuk burung2..
kita boleh masuk tengok..
Cantik la burung ni..


Seladang..
(tak leh nak menunjuk-nunjuk seladang,
sebab jadi photographer.. hi3)


Tengah tengok ape tu??


oooo.. Tengok zirafah makan rupanya..


Rusa belang2..


Ni pun dalam kawasan burung-burung jugak..

Faris dengan Pak Su..
Haifa ngan Abah..
Rehat jap..
Penat jalan, Faris pun asik sibuk mintak naik trem..

Monday, February 7, 2011

Siput Mentarang..

Aiyo.. tiba2 je teringat kat benda ni.. Benda? Binatang la kan.. He3..
Berapa kali lalu ke arah Kuala selangor mesti nampak, tapi takut nak beli, sebab takut tak tau masak..
Tup2 ni teringat lak..

(gambar ni dicopy dr link lain)
Tah kenapa tadi saje2 la search cara2 nak masak siput mentarang ni.. Senang jer rupanya.. Macam masak lala or seafood2 yg lain gak.. Nampak dalam gambar macam sedap jer diorg masak..
Mana nak cari ye kat sini? Setahu aku, siput ni byk jual kat jalan arah Kuala Selangor.. Jauh la pulak..

Friday, February 4, 2011

Jalan2 Putrajaya..

Jalan2 kat Taman Botani..
Boleh sesat pulak masa nak mencari Taman ni..
Penat berjalan, duduk jap lepas lelah.. Faris dah mintak dukung sebenarnya..
Tapi, aku Psiko dia, klu dukung kita balik rumah..
Terus x jadi dukung..
Anak2 ku yg ceria..
Jumpa lak mesin air ni.. Bole la beli air..
Hilangkan dahaga..
Posing jap ngan anak2 ku tersayang..

Beria-ia Faris minum air ni.. Tak pernah minum dlm tin..
Selalu beli botol atau kotak..
Cantik pulak bunga ni merimbun..
Kami teruskan berjalan.. Haifa dengan air kat tangan.. Jalan menurun bukit, laju jer.. tiba2 bila dia nak berpusing balik kat aku, terus tergolek (baik punya tergolek), dengan air tin nya pun jatuh.. Tapi, elok jer dia bangun gi kejar balik air tin tu.. Tak igt yg dia baru jatuh..
Pokok kemboja ni cuma tinggal dahan je, da takde daun.. Bunga apatah lagi..
Pemandangan tepi tasik..
Buah dari pokok Ara, boleh makan ke ek? Macam sedap je..
Lepas tu Faris da tak tahan nak buang air, cari toilet dlm taman ni punya susah, setiap toilet tu berjauhan.. tak de sign pulak tu tuk cari toilet..
Kami terus keluar la, gi cari makan lak.. Gi makan kat Alamanda..
Pastu umpan anak2 naik kereta ni..
Kenyang je, balik.. Konon nak gi ke Taman2 yg lain pulak..
Tak jadi la, tengok anak2 pun da keletihan..
Tengok Faris, sambil makan Twisties lelap, bila sedar sambung balik makan..
Ni da betul2 lelap la ni..
Haifa pun lelap, lepas habiskan sebotol susu..

Thursday, February 3, 2011

River Cruise @ Night..

Bulan lepas balik Melaka.. Saje la bawak anak2 gi naik River Cruise waktu malam.. Cantik jugak, banyak lampu2.. Tapi tak ambil gambar banyak sangat pun.. Tengah xde mood..
Faris pun meragam je, letih gaknya tak tidur seharian..



Faris ngan Pak Su nya..



Tu jelah gambar2 yg rajin diambil..