Anniversary

Wednesday, March 18, 2015

Buku Merah

Buku merah jgn lupa bawa moga2 belum tamat tempoh.. Haha lama x muncul tup2 nyanyi plak. Of course la lambat lagi tamat tempoh buku merah ni, baru buat semalam. Jenuh, dari jam 9pg siap kul 2.40ptg.
Lama sungguh tak pergi Singapore, 20 tahun kut. Dulu masa kecik2 kerap ke sana sbb abah kerja sana. Nenek, atok dan makcik pakcuk belah abah semua kat sana. Sebab kerap ulang alik Melaka -Singapore, mak kata aku dan adik membesar dalam ketapi. Haha, kesian jer bunyinya.
Bila dah mula sekolah, masa cuti sekolah jer mesti pergi sana habiskan hari cuti.
Tapi bila semakin dewasa jarang dah ke sana. Makcik pakcik rajin la bwk kami jalan2, tapi dulu Universal Studio tak wujud pun lagi.
Makin dewasa jarang dah ke sana sebab abah pun dah kerja kat Melaka. Start masuk universiti tak pergi sana dah. Pasport Singapore pun dah tak renew.
Dulu2 ada pasport khas untuk ke Singapore jer. Sekarang xde dah, guna pasport Malaysia. Ni pun buat pasport sebab cousin nak kahwin, sebelum ni dah ada seorang cousin kahwin tapi tak dapat pergi. Kali ni usahakan jugak untuk pergi, kira main redah jelah ni.
Plan nak naik bas jer dari Larkin dan sampai Singapore nti naik MRT plak. Confident jer. Kalau sesat pun dalam pulau tu jer, hihihi. Doakan kami selamat samapi.dan kembali semula ke Malaysia. Nti kita cerita part2 plak ye.

No comments: