Tuesday, February 26, 2013

Asam Pedas Untuk Dia

ASSALAMUALAIKUM...

Tajuk novel ni buat aku tertarik untuk ambil kat rak kedai buku dan terus bayar. Asam pedas, my favourite (orang Melaka kan).. Nyum3..

 

Sinopsis kat belakang buku boleh baca kat bawah ni.


Now, my turn nak buat sinopsis pasal buku ni. Hmm.. hmm..  Kisah suami isteri mmg jadi trend penulis sekarang. Novel ni berkisar tentang seorang wanita (nak kata gadis xleh sbb dia dah ada anak) bernama Ainin Sofiya. Selepas kematian suaminya Ainin terpaksa bekerja menyara hidup untuk mereka sekeluarga. Ainin bekerja sbg pembantu rumah separuh masa di rumah keluarga Ahmad Ziyad.

Ziyad yg sangat menggemari asam pedas yg dimasak Ainin kemudian melamar Ainin dengan alasan utk membantu kehidupan keluarga Ainin. Ainin menerima dgn syarat rahsia perkahwinan mereka dan Ainin tak boleh mengandung. Ziyad amat bertanggungjawab dlm menyara kehidupan Ainin sekeluarga. Kebajikan anak Ainin juga sgt diambil berat.

Pandai betul mereka sorokkan perkahwinan mereka. Ziyad mula jeles bila lelaki lain beri perhatian kat Ainin. Ainin pula mula memikirkan bagaimana nasibnya selepas Ziyad berkahwin dengan Syafinaz (Syafinaz ni perempuan yg Ziyad janji akan kahwini sblm berkahwin dgn Ainin). Ainin mula sakit hati bila melihat Syafinaz, mendengar cerita yg Syafinaz akan kahwin dengan Ziyad.

Zarul, adik Ziyad pulang dr oversea pula menyukai Ainin. Mula lah dia cuba nak ngorat Ainin (tp dia bukan tau Ainin tu kakak ipar dia). Apa jadi seterusnya? Camne pulak dengan kisah Ziyad dan Syafinaz? Kalau nak tau, dapatkan novel ni yg berharga RM21. Tak rugi tau baca kisah ni sampai habis. Memang besttt..


Labels: , ,

Sunday, February 24, 2013

The Wedding Breaker

Assalamualaikum...

Hari ni nak ulas pasal novel ni. The Wedding Breaker (aka TWB) karya Evelyn Rose. Macam novel ompotih kan... Berkisar tentang Ariana Rose dan Tengku Adam Kamil (TAK). Di permulaan cerita kita diperkenalkan dengan sikap Ariana Rose yg sebenar, Ariana yg berani datang ke majlis kahwin TAK dan mengaku mengandungkan anak TAK. Lakonan Ariana menjadi kerana majlis tersebut dibatalkan. Ariana sebenarnya membantu Tengku Juwita membatalkan majlis pernikahan tersebut kerana Tengku Juwita telah menceritakan kpd Ariana sikap TAK yg sebenarnya.


Bagi TAK pula, walaupun dia sebenarnya memang tidak menginginkan perkahwinan tersebut namun dia tetap merasa malu dengan tuduhan Ariana. TAK mula menjejaki Ariana. Orang upahan TAK membawa Ariana ke tempat yg tidak diketahui. Mereka bergaduh dan TAK telah merogol Ariana! TAK kemudian offer Ariana menjadi perempuan simpanannya. TAK berkata dia tidak mungkin akan berkahwin dengan Ariana yg bertaraf rendah (wlupun sebenarnya TAK terpesona dengan Ariana).

Selepas peristiwa itu, Ariana Rose cuba mengelakkan diri dari TAK. Namun mereka tetap juga bertemu, atas urusan kerja. Namun TAK tidak boleh mengelak dari pesona seorang Ariana Rose Hussien. Setiap kali Ariana dgn lelaki lain pasti TAK akan cemburu giler. Hinggalah TAK cuba mengulang peristiwa yg sama, cuba menodai Ariana sekali lagi, namun tidak berjaya.

Ariana melarikan diri sekali lagi. Benarlah jodoh itu rahsia Allah. Sejauh manapun Ariana lari namun telah tertulis jodohnya dengan TAK. Jika nak tahu kisah selanjutkan bagaimana mereka boleh dijodohkan, dapatkan nover The Wedding Breaker.

(saya dapat yang ada tandatangan Evelyn Rose)

Labels: , ,

Saturday, February 23, 2013

Jom riadah petang.

Aktivit petang2 kalau tak hujan. Bagi budak2 ni penat. Cepat sikit tidur malam nti.

Labels: , , ,

Friday, February 22, 2013

I Love You, Stupid!


I Love You, Stupid! Mula2 dengar tajuk ni tegelak gak.
Novel kedua karya Kak Melur Jelita. Novel paling tebal yang aku ada. 1389 muka surat. Kalah buku Add Maths masa sekolah dulu. Buku Add Math pun selesai study selama 2 tahun. Tapi buku ni boleh habis dalam masa 2 hari.


Blurb di belakang buku:

KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.
Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I’m bad and I’m dangerous!
Aidan? My main course yang sangat menyelerakan!
“Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris… – Aidan Abang pedas? Eye Mo aku!
“Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni.Handsome dan pedasss!” - Iris
“Kesalahan keempat, cuba menggoda polis. Kesalahan kelima, menghina kerja polis, kesalahan keenam cuba menghalang polis dari menjalankan tugas...”  – Abang pedasInspektor Ebrahim? My parfait, perfect!
“Sir! How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?” - Iris“Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!” - EbrahimFirman? Yucks! Mulutnya, ya Rabbi! Lebih pedas dari segalanya!
“Untuk bodyguard saya… yang sangat macho, stylo… dan…”
“Dan apa?” - Firman“Ermmm… satu hari nanti dan apa, akan terjawab. So biarkan saja tempat kosong itu.” - IrisLara, Farina dan Violet, my divas. We’re hot, sexy and naughty. Bukan sembarangan lelaki boleh mendampingi kami dan kami juga tidak mendampingi sembarangan lelaki.
Kegembiraan aku dan divas tidak berpanjangan apabila berlaku satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila-bila. Demi memenuhi hasrat terakhirnya, aku membawa misi yang besar dengan mengharung hidup di tempat asing yang sangat mencabar.
“Anakku, di mana anakku. Saya sanggup buat apa saja asalkan anak saya dikembalikan… Tolonglah, saya merayu.”
Semua yang berlaku mematangkan aku tentang kehidupan… tentang Islam, agamaku… tentang rasa cinta yang sebenar-benarnya cinta…
“Selama ini saya merasa sepi dan tidak berpunya. Tiba-tiba saja rasa itu menghilang bila saya mula beristighfar…”

Jom baca komen aku lak:

Novel tentang kemanusiaan, kehidupan, kasih sayang. Berkisar tentang Iris yg punya segala-galanya. Iris ke Kemboja kononnya untuk ikut misi kemanusiaan di sana. Tapi sebenarnya dia punya agenda yang lain. Di Kemboja jumpa pulak dengan Firman.

"Tunggu. Apa nama awak?"
"Firman."
"Awak cakap apa? Firman Allah apa?"
(Haha, lawak la Iris masa ni. Suka2 ati dia jer.)

Firman, hero yang cool dalam melayan karenah Iris. Sangat melindungi Iris dengan alasan dibayar oleh Papa Iris. Tapi pada saya dalam masa yang sama pun Firman melindungi Iris kerana sayang.

"Satu lagi, bila bercakap dengan saya... lembutkan suara... redupkan pandangan mata dan tak mahu senyum tak apa tapi panggil saya Firman, bukan hei."
(Cool kan Firman hehe.)

Dalam misi Iris di Kemboja, banyak peristiwa yang berlaku. Pembaca juga dapat belajar tentang kehidupan Melayu Cham di Kemboja. Kisah Ahmad membantu ayahnya menjual air tuak, berjaya mencuit jiwa Iris. Hassan berkulit albino tapi yang mempunyai suara yang merdu. Macam2 yang Iris tempuhi sehinggalah dia ketemui apa yang dicari.

Tak bestlah kan cerita semua kat sini, nak tau beli dan baca sendiri. Kalau aku bagitau semua kat sini, aku pun dah boleh tulis novellah camtu.. haha.. Perasan kan..Tidah rugi beli, walaupun novel ni tebal. Kak Melur Jelita memang tidak menghampakan peminatnya. Dalam bercerita, Kak Melur sempat berdakwah lagi.

Suka tagline novel ni:

CUKUPLAH ALLAH ADA... DIA SENTIASA ADA UNTUKKU

*p/s :Tajuk novel I Love You, Stupid! Tapi bole jumpa beberapa kali jer ayat ni dalam novel. hehe..


Labels: , , ,

Tuesday, February 19, 2013

Fawwaz demam..

Kat skul td ada call masuk. Tp aku x dengar. Rupa2nya cikgu taska Fawwaz call. Mujur dia call husbnd aku. Fawwaz mcm kena sawan katanya. Tp dorg bagi ubat n basah kepala dgn air. Masa husband ambil tu Fawwaz da ok. Bawak gi klinik pun da x panas. Doktor ckp nak hantar ke hospital pun da x demam lagi. Tp doktor suruh kami monitor keadaan Fawwaz kat rumah. Mlm ni klu jd mlm siang td kena terus ke hospital (Ya ALLAH, mntk dijauhkan). Esok pun kena monitor jgk, so aku kena cutilah.

Balik td da bagi ubat ikut punggung. Petang td start panas smula. Doktor suruh bagi tiap 6jam. Tak payah tunggu panas. Haopefully, mlm ni dia ok. X meragam. Doakan kesihatan Fawwaz ye..

Labels: ,

Monday, February 18, 2013

Novel Sara Aisya

Karya Sara Aisya, Jodoh Itu Milik Kita. Novel ni jadi novel bestseller. Antara novel kesukaan aku. Kisah antara Dahlia (nama klasik kan..) dan Aariz Danial.


"Kita tidak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling mencintai kerana kita akan berkahwin dengan jodoh kita, Jodoh yang Allah telah tetapkan sejah azali..."

Dahlia sepatutnya berkahwin dengan Syafiq (adik Aariz) tetapi Syafiq menghilangkan diri pada hari pernikahan mereka. Untuk menutup malu keluarga Puan Marina meminta anaknya,Aariz pula menggantikan tempat Syafiq. Ibu Lia, Puan Inas tidak setuju.

"Sebab itulah ibu akan doakan Lia, kan? Doakan semoga dia seorang lelaki yang baik, lelaki yang takkan melukakan Lia..."

Mereka berkahwin. Yang bagusnya mereka tidak membenci. Mereka mulakan hubungan mereka dengan baik, bergurau, berkawan. Baca part masa dorang lepas kahwin best sgt. Sweet jer. Lama2 dlm hati pun ada taman.

"Jangalah suka kacau saya, Aariz. Tak larat saya nak layan perangai awak tu, tau. Nakalnya, ya ampun!!"
"Okeylah, okeylah. Just kidding. Dahlia Darius bukan isteri yang baru saya beli. She's a gift. Hadiah paling istimewa yang dihadiahkan Allah untuk saya. Puas hati?"

Sampailah kemunculan semulaaaaaaaa.....

Siapa lagi kalau bukan Dak Syafiq tu. haha.

Syafiq kacau hidup dorg. Syafiq x boleh tgk Aariz hidup bahagia. Bagi dia Aariz dah rampas hidup dia sejak dari kecil. Syafiq gunakan kisah silam Aariz, asal usul Aariz utk pisahkan dorg. 

"Aku takkan biarkan kau bahagia, Aariz Danial! Kebahagiaan yang bernama Dahlia itu... akan aku rampas sekejam mungkin!"

Jahatnya Syafiq kan..Bila tahu pasal Aariz, mampukah Dahlia menerima? Bertahankah cinta mereka? Baca sendirilah ye.


Sebenarnya entry hari ni nak bagitau yang Sara Aisya da ada novel baru. Tengok gambar bawah



Blurp belakang cover:
“Kadangkala kita ingin sekali meneka, menduga dan mengubah suratan yang terhampar di hadapan mata.  Namun siapalah kita untuk menolak takdir-Nya yang tidak terduga?”
Antara Dian Damia dan Karn Klaharn, pertemuan mereka yang istimewa melahirkan sebuah persahabatan yang bersulamkan tawa riang, keindahan dan kebahagiaan. Bagi Dian, Karn ialah peneman di bumi asing Thailand. Bagi Karn pula, Dian ialah teman yang menyenangkan hatinya.
Namun siapa sangka satu tragedi akhirnya memusnahkan segala-galanya. Kerana masa yang salah, tempat yang salah dan bersama orang yang salah, Dian akhirnya terjebak dalam satu konspirasi yang tidak pernah langsung terlintas dalam fikiran warasnya.
“You’re more than just Karn Klaharn. Siapa… Siapa sebenarnya awak? Apa awak nak daripada saya? Kenapa saya mesti terbabit dengan semua ini?!” – Dian Damia
Kerana dia, Dian Damia yang menerima akibatnya. Kerana dia, Dian Damia takkan pernah tersenyum lagi. Dan untuk itu, dia akan membetulkan segala-galanya. Walau apa cara sekalipun yang harus dia lakukan, tidak akan sekali-kali dia teragak-agak. Yang penting, Dian harus diselamatkan!
“Izinkan saya jaga awak… Izinkan saya lindungi awak, Dian…” - Karn Klaharn
Dalam usahanya ‘menyelamatkan’ Dian, tanpa sedar hati lelaki Karn Klaharn mula berkocak hebat. Inikah yang dinamakan cinta? Namun bagaimana kalau rasa cinta ini akan membawa Dian ke penghujung nyawanya? Mampukah Karn menyelamatkan pemilik hatinya sebelum segala-galanya terlambat? Apa pula yang akan terjadi tatkala Krissada muncul di antara mereka berdua? Sungguh! Antara cinta dan nyawa, mungkinkah ada yang menjadi korban?
“Tangan ni dah pernah rampas nyawa manusia lain. Dan saya takkan teragak-agak untuk buat perkara yang sama demi Dian Damia.I would do anything for her...”
Harapnya novel baru ni bila dibaca seseronok baca JIMK. Peminat novel, jom...

Labels: , ,

Sunday, February 17, 2013

Kami ke Pusat Sains Negara.

Cuti Tahun Baru Cina, mama n abah cuti seminggu tp anak2 cuti sampai Selasa jer. So, Sabtu n Ahad blk kmpg dekat (he3 rumah MIL). Isnin bawak budak2 ke PSN.

Tiket RM6/org dewasa. Budak2 ni FOC. Fawwaz suka sgt tgk ikan kat pintu masuk tu. Ok jugaklah pergi PSN. Budak2 boleh cuba sendiri benda2 yg ada kat situ. Then, adalah soalan kenapa itu kenapa ini.

Faris lak dpt pegang crane xmau lepas dah. Suka la dia dpt main benda camtu. Lebih kurang pukul 12 kami jalan kat kawasan luar PSN pulak. Rupa2nya ada kolam mandi kat bawah tu. Budak2 ni da ajak mandi. Tp x bawak baju plk. Kami jalan2 jer pastu terus balik. Tapau McD, makan kat rumah.

Jom layan gambar2..

Labels: ,

SSiD ke kaca TV

Sebenarnya, Saya Isteri Dia! Novel KaryaSeni keluaran Mac yg kubeli tahun lepas. Kisah cinta antara Firash Arshad dan Syafa Aqira.

Syafa sbnrnya kekasih kpd abg Firash bernama Farish (watak ni kejap jer sbb dia mati lepas Firash n Syafa kahwin), tp kerana suatu peristiwa menyebabkan mereka terlanjur. Mama Firash menyuruh mereka berkahwin.


Macam biasalah, dah namanya terpaksa kahwin mestila mula dgn benci kemudian timbul cemburu dan barulah bersayang-sayangan. Dlm masa tu jugak mesti ada watak antagonis kan. Bagi penyedap cerita.

Yg bestnya novel ni akan didramakan. Penerbit drama SSiD ialah Jalena Rejab. Akan ditayangkan dislot Zehra. Maknanya seminggu sekali je boleh tenguk.

Jom kita tgk watak utama yg akan membawa watak Firash Arshad dan Syafa Aqira. Watak Firash dipegang oleh Izzue Islam (pelakon baru tgh naik ni). Syafa pulak Tiz Zaqyah. Tgk pada gandingan ni macam ok. Kita tgk lakonan mereka nanti.



Nantikan kemunculan drama Sebenarnya, Saya Isteri Dia! dislot Zehra setiap Jumaat. Bila? Tungguuuuuu!

Labels: , ,

Fawwaz Haziq

Lama tak cerita pasal Fawwaz.. Fawwaz skrg dah 1 tahun 6 bulan.. (alamak, lupa nak bawak Fawwaz suntik 1thn 6bln). Wah, kejap jer masa berlalu kan..

Nak update sikit gambar Fawwaz yg terkini. Makin lasak. Apa jer yg abg kakak buat nak diikut nya. Macam org besar.

Jom layan gambar2 Fawwaz.

Labels: ,

Saturday, February 16, 2013

Meh, Sandar Pada Aku

Baru selesai baca novel ni.. Kisah yg menarik. Afnan Tasneem, gadis yg ceria, jujur dan luris bendul. Menjalani praktikal di bawah seliaan Syed Nadzhan.


Tasneem gelar Doktor Syed sbgi spesis lelaki terancam. Pandai memberi arahan tanpa tunjuk ajar kpd Tasneem. Yg kelakar nya Anim beranggapan yg Syed Nadzhan ni gay. Siap bagi terjemahan hadis lagi kat Syed Nadzhan.

Kelakar jgk dorg berdua ni. Tp biasalah, bila gaduh2 tu terbit sayang. Syed Nadzhan menidakkan hatinya kerana ada kisah lama yg membuat dia tidak suka perempuan. Tasneem plk pd pandangan sy pertama kali mmg dah terpaut pd Doktor Syed. Namun kerana sikap dan mulut Syed Nadzhan yg selalu menyakitkan hati membuatkan Tasneem tidak suka lelaki itu.

Sehinggalah mereka tinggal serumah. Awal2 pembacaan dah bole agak kenapa mereka berdua boleh serumah. Mungkin sbb dah byk baca novel jd bole agak apa yg akan jd.seterusnya.
Muncul pula Adam Naufal yg pandai  berkata2, Tasneem mula menyenangi lelaki itu. Rupanya, Adam tidak seperti yg dijangka.

Kematian papa n mama membuatkan Syed Nadzhan membuat keputusan yg sgt penting utk hidup mereka berdua. Aleesya, gadis yg terlalu obsesi dgn Syed Nadzhan dari kecil mengalami mental disorder akibat keputusan yg dibuat Syed Nadzhan. Apakah? Tak bolehlah cerita sampai habis. Nak tau kesudahannya baca la novel.


Labels: , ,

Anak2 ke tadika

Lama tak update. Kita mulakan dgn kisah anak2ku ke tadika.
Faris n Haifa da ke tadika. Alhamdulillah tahun ni Faris x buat perangai mcm tahun lepas. Nampak seronok jer dia pegi skul. Hopefully, berkekalan lah camtu.
Tp dia masuk tadika kosong la. Satu hapah dia tak tau. Hihi. Harap cikgu yg ajarkan. Kalai tgk perkembangan dia, dia cepat bila bab2 berkaitan nombor. Abjad lmbt sikit. Takpelah kan utk budak yg mula dgn sifar.
Haifa lak ok jer. 4 tahun byk blajar nyanyi2 n warna2. Baca doa makan yg terjemahan pun dah pandai. Budak2 mmg senang nak menghafal..

Labels: , ,