Saturday, January 4, 2014

FARIS DAH DARJAH 1

Cepatnya masa berlalu. Anak sulungku dah masuk darjah 1. Kami masukkan Faris ke sekolah sama dengan aku, SK BANDAR SRI DAMANSARA 1. Senang nak uruskan ke sekolah. Asalnya nak hantar ke sekolah dekat dengan rumah. Tp leceh nak arrange transit la bagai. Tambah lagi aku tak percaya kut kat anak sendiri. Naik van pergi kat tmpt transit?! Terbayang2 dia salah ikut van sape2 tah nti. Padahal klu tgk kat sekolah aku ni ok jer budak2 yg naik van.

Sekolah pagi sekali dengan aku, sekolah agama pulak aku hantar dia kat KAFA SRI AZZAHRA dekat Bandar Sri Damansara jugak. Maknanya kenalah aku bertapa kat sekolah smpai Faris balik sekolah agama. Sampai 5.30 ptg beb!! Jenuh jugak la menunggunya. Awal2 ni banyak keje nak settle kat sekolah, xde la terasa sangat. Tengoklah sampai berapa lama aku tahan.

31 Disember 2013, mula dengan orientasi untuk darjah 1. Masa orientasi ni adalah dibuat ujian untuk uji tahap pencapaian murid2. Risau jugak aku pada mulanya, tah apa dia jawab. Alhamdulillah dia bole buat dan markah pun ok. Tp ujian diagnostik ni sibuat 2 kali. 13 Januari 2014 nti akan dibuat sekali lagi ujian. Lepas tu baru ditentukan murid2 ke kelas mana. Lepas tu murid2 dibawa melawat sekolah dan ibubapa menguruskan pendaftaran.

Awal2 sekolah ni nampak ok jer Faris. Tp malam awal lah tidurnya. Letih kut sekolah dari pagi sampai petang. Katanya seronok pergi sekolah. Moga2 berterusan. Ok lah. Panjang leber pulak cerita. Nti kita update lagi. Assalamualaikum.

Labels: ,