Anniversary

Wednesday, December 10, 2014

Raudhah - RAM

Sebuah karya Ramlee Awang Murshid. Tamat baca novel ni 12.13 malam tadi. Kisah seorang contract killer yg bernama Faris, menggelar dirinya sebagai Joker. Membunuh penjenayah2 kolar putih,. Kontrak yg diterima melalui emel drpd seseorang yg menggelar dirinya sebagai White dengan kod rahsia -Mawar Putih. Joker tidak pernah bertemu dengan White. Selepas Faris mengalami serangan jantung di mana jantungnya berhenti selama 3 minit, Faris mula berubah.

Bertemu semula dengan Hambali, sahabat yg lama terpisah dan berlainam cara hidup. Hambali seorang hamba yg taat. Faris menyatakan hasratnya untuk berubah. Selepas Faris menolak kontrak dr White untuk membunuh Brendan Cheung, Faris dan Hambali pula menjadi sasaran. Faris menceritakan kisahnya sebagai Contract Killler kepada Hambali. Hambali pd mulanya terkejut sehinggallah mereka benar2 diserang pd malam mereka melarikan diri dan menyorok di Janda Baik. Faris berjanji akan melindungi Hambali. Namun tiba2 semasa kejadian serang menyerang tu Faris kena serangan jantung dan koma.

Sedar dari koma, Faris tercari-cari Hambali..Rupa2nya Hambali telah mati dalam kemalangan dan jantung yg ada pada Faris adalah jantung kepunyaan Hambali. Hambali telah mewasiatkan jantungnya kepada Faris. Faris mula berubah.

Ulasan ini adalah1/2 drpd kisah dalam novel. Banyak lg watak2 dlm novel yg tidak saya ulas contohnya watak Junaitul Al-Fatiah, Bisca, Azhar, Sandy, Tok Chai dan ramai lagi.