Anniversary

Wednesday, July 10, 2013

Bila Sena Kembali Berbunga

Gembiranya dah dpt buku ni, walau pun second hand, he3.. Punya la cari buku ni kat kedai buku dah bertahun-tahun. Novel ni terbit dlm tahun 1995. Masa tu aku tingkatan 4. Novel ni juga jadi novel bersiri dlm Dewan Siswa masa tu kalau x salah aku la. Dulu masa sekolah nak beli novel mana ada duit. Bila dah bole beli sendiri and cari novel ni dah x jumpa. Rupanya dah tak diterbitkan lagi.

Rasanya ramai yg tahu kisah ni.
Karya amaruszati noor rahim. Novel cinta antara Zakri dan Afikah yg bermula di zaman sekolah. Kemudian terpisah, sehinggalah mereka bertemu semula ketika Afikah menjalani praktikal di tempat Zack. Kisah cinta yg mendapat tentangan dari mama Zack yg ingin menjodohkan 
Zack dgn pilihannya. 

Buku ni aku dapat dekat bukuonlinesb.blogspot.com/

Saturday, July 6, 2013

Kisah Naz dan Khaalish (KNK)

Karya kedua Hanina Abdullah.

Naz yg pernah bertunang dgn Khaalish 4 tahun dahulu sgt memberi kesan kepada kehidupan Naz. Walaupun bertunang mereka tidak pernah bersua. Pertunangan tersebut berlangsung sebenarnya utk memisahkan Khaalish dan Ilsa. Khaalish sendiri tdk pernah menyetujui. Kerana cuba melupakan peristiwa tersebut, Naz membawa diru merantau ke serta dunia. Namun takdir Allah, mereka bertemu kembali.

Khaalish yg tidak mengenali Naz pada awalnya, mula menyukai Naz. Dek kerana telah jatuh hati kepada Naz, Khaalish sanggup menjejaki Naz keselurub pelosok alam. Naz pula dimulutnya sahaja kata tidak suka. Naz takut sebenarnya utk sekali lagi jatuh cinta dgn Khaalish. Takut akan terluka lagi dan susah untuk dia bangkit semula.

Tapi kerana cinta mereka berkahwin juga. Rumahtangga dilayari dgn bahagia sehinggalah kemunculan semula Ilsa. Ilsa cuba untuk memikat semula Khaalish. Tp Khaalish amat membenci Ilsa kerana satu peristiwa beberapa tahun dahulu.

Jom baca Kisah Naz dan Khaalish. Anda pasti tak kecewa. Sekarang ni tgh tunggu karya ketiga Nina. Seteguh Fayqa..

Projek Memikat Suami

Projek Memikat Suami (PMS)

Karya pertama Hanina Abdullah. PMS mengisahkan tentang kahwin yg diatur keluarga antara Husna dan Zahrain. Nawwal Husna atau Una yg baru menamatkan pengajiannya, dikejutkan dgn berita peminangan. Una menerima peminangan tersebut demi ummi dan babahnya walaupun dia belum pasti bagaimana hidupnya dgn lelaki yg tak sukakan dia. Tapi Una nekad untuk cuba memikat hati suaminya nti.

Selepas berumah tangga, mereka tinggal di kondo Zahrain. Una melayari rumah tangganya berbekalkan nasihat kakak2nya. Una menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dan cuba menakluki hati suaminya. Berjayakah Una mencairkan si ketul ais Tu?

Bagi Zahrain pula dia menganggap Una sebagai budak. Dalam Zahrain menjalankan plan2 nya utk terus membenci Una, tanpa sedar hatinya telah dicuri.

Biasalah, rumah tangga mana yg x dilanda badai. Sedang mereka menemui cinta wujud pulak pihak yg cuba menghancurkan. Dari Una yg cuba memikat suami bertukar pulak pada Zahrain yg cuba memikat isteri. Berjayakah mereka mempertahankan rumahtangga mereka? Siapakah yg cuba meruntuhkannya?
Ikuti kisah Husna dlm membina rumahtangga bahagia.