Tuesday, March 29, 2011

Buat Seorang Isteri..


  1. Rasulullah saw menyebutkan di dalam hadithnya bahawa apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri melayan dengan baik, maka ia memperoleh pahala jihad.

  2. Wanita yang menjada adab rumahtangga akan masuk ke syurga 500 tahun lebih awal dari suaminya. Dia akan menjadi ketua 70000 malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggang kuda yang dibuat dari permata yakut.

  3. Wanita yang menjaga solat dan puasa serta taat pada suami (selagi suami tidak melanggar syara’) akan diizinkan Allah memasuki syurga dari mana2 pintu.

  4. Wanita yang melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Pahala ini menunjukkan kasih sayang Allah kepada wanita yang melayan suaminya dengan ikhlas tanpa khianat sedikitpun, samada suaminya di rumah atau di luar rumah.

  5. Wanita yang mengurut suami tanpa di suruh akan mendapat pahala 7 lapis emas dan wanita yang mengurut suaminya setelah disuruh akan mendapat pahala 7 lapis perak.

  6. Wanita yang meninggal dalam keadaan suaminya redha akan masuk syurga.

  7. Wanita yang memandang suamiinya dengan penuh kasih sayag akan dipandang Allah dengan pandagnan rahmat. Semakin lama pandangan isterinya kepada suaminya, semakin besar rahmat Allah.

  8. Wanita yang tetap melayani suaminya dengan baik dalam keadaan suaminya marah, ia akan mendapat pahala separuh jihad.

Wahai isteri2, marilah sama2 kita berusaha menjadi isteri yg solehah.. Amin

Labels:

Friday, March 18, 2011

Buat Semua Yang Bergelar Anak.

Klik Sini Untuk Dengar Lagu

Anak

Semasa engkau dilahirkan
Kau pun sudah satu impian
Impian nyata kurnia Illahi
Engkau anak istimewa
Kebahagiaan ibu bapa
Bila menangis dan juga tertawa

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Masa silih berganti
Kau membesar tak disedari
Cepat sungguh kau pandai bicara
Apa yang telah terjadi
Pada mereka kau derhaka
Mengapa begitu apakah salahnya

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia
Kini kau telah tersesat
Hilang diri dan pedoman
Tak seorang pun yang mengambil tahu
Dan kini engkau menangis
Ibu ayah menghampiri
Walau kau telah terpesong jauh

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia


(Harapan dan Doaku, semoga anak2ku menjadi anak yg soleh dan solehah.. Amin...)

Labels:

Thursday, March 17, 2011

My Hobby.

Menyambung semula minatku yg dah lama tertinggal..
Sejak dari sekolah lagi, aku suka sangat baca novel.. Masa sekolah rendah, ada perpustakaan berherak datang sekolah tiap2 minggu.. Buku yg selau aku pinjam buku penyiasatan Nancy Drew (masa sekolah tak layan novel2 jiwang)..
Bila dah besar, da naik sekolah menengah novel pertama yg aku beli klu tak salah hasil tulisan Ahadiat Akashah (tak igt tajuknya).. dah sekolah menengah mula la kumpul duit sikit2 beli novel..
Sampai masuk 'U', serumah pulak dengan member yg sama minat dengan aku.. NORHASLINDA MOHD SARIF (Lin, masih diteruskan lg x minat tu?).. Boleh la tukar2 baca novel ngan dia.. Dah lama tak baca novel.. Baru2 ni pergi kedai buku terbeli la satu novel terbitan 'buku prima'.. Nilah novel yg terakhir aku baca..
Hingga ke Akhirnya, boleh lah tahan kisahnya.. Takde la terlampau menarik sangat..
Novel ni sambungan rupanya.. Kisah yg 1st tu aku tak baca.. so, kena la cari.. Sebab dr komen org, kisah yg 1st tu lagi menarik..

Labels: ,

Wednesday, March 16, 2011

Kacang Panjang.

Tiap kali bila buka pintu belakang rumah nak basuh baju, adalah perasan ada pokok menjalar naik ikut grill belakang rumah.. Cakap kat hubby, dia suruh biarkan je dulu.. Klu da nampak serabut baru buang.. Klu ikut aku buang jer..
Tapi nasib baik jugak tak buang pokok tu.. Rupanya pokok kacang panjang..


Pastu teringat lak, mmg ada amik benih kacang panjang and kacang botor dari rumah MIL.. Tapi sebab tanah belakang tu baru diracun, tak jadi la nak tanam..
Alkisahnya, masa aku basuh sink belakang rumah jumpa benih kacang tu.. Aku buang la keluar.. Tak sangka lak nak tumbuh, elok je.. Rezki gak tu.. Sekali petik dapat la 5 ke 6 tangkai.. Buat ulam jelah..

Yang ni nak wat benih semula.. Nak campak kat tepi pagar lak.. Harapnya hidup.. Jangan jadi macam cili api ku, yg tumbuhnya lalang..

Labels: ,