Wednesday, June 30, 2010

Faris sebut IBU!!

Kenapa tajuk cerita camni lak.. Tadi, aku dok marah Faris sebab kacau Haifa.. Digigit nya Haifa, lepas tu ditolak nya, macam2 la dia buat kat Haifa.. Aku marah la dia, tangan naik jugak la, Faris nangis la.. Sambil sebut IBUUUU, IBUUUU, IBUUUU.. pastu tukar pulak MAMAAA, MAMAAA..
Hehe, agak nya kat taska kalau nangis memang IBU tu yang tukang pujuknya..
Geram ngan Faris, dok usik adik nya (agaknya saja nak ambik perhatian aku, dah lah tunggu abahnya tak balik2 lagi).. Kesian lak, tak pasal2 kena penangan aku..

Labels:

Monday, June 28, 2010

Balik Kampung...

Lama tak update.. Just story for this entry, no pictures..

Sabtu baru ni balik Melaka.. Biasalah, memang tiap bulan pun balik kampung, hehe.. Bawa balik baju raya, mak jahitkan... Mak beli durian RM20, banyak jugak la.. Baru lepas makan tengahari, bole makan sikit jelah durian tu..

Malam tu tup2 dapat massage dari cousin, Lin.. ajak datang rumah makan durian.. Tak dengar pun massage masuk, pastu mak dia (makngah aku) call, panggil datang rumah dia makan durian.. Punya la seronok nak makan durian.. padahal hari Khamis tu aku baru je beli durian RM18.. Giler mahal, tapi nak makan nye pasal aku beli lah jugak (mengalahkan org mengidam kan).. 2 biji 18 hengget, rasa kulit durian ngan biji2 nye pun aku nak awet, simpan.. (bukan nak makan, hehe)..

Sambung balik, gi umah makngah melantak durian punya banyak.. Tu pun nasib baik petang baru lepas makan pulut.. Lagi tak, lagi banyak la durian tu kena belasah ngan aku..
Faris tak berapa suka makan durian, Haifa bole tahan la.. kecik lagi kan, semua dia nak makan..

Da dok sembang2 kejap, perut pun dak berat, badan Faris lak dah rasa dedar (macam demam).. Kitaorg pun cabut la balik..

Ahad tak de gi memana pun, dok umah je.. Kul 3 lebih bertolak balik ke Sg Buloh lak..

Labels: ,

Sunday, June 20, 2010

Tag: Rupa aku bila 51 tahun...

Thank to Fidah sebab tag aku tuk tgk rupa ku lg 20 tahun akan datang...
Kelakar tgk, macam dah tua sgt je rupanya..
.
Nilah rupa aku masa berumur 51 tahun...
.

Ada beza tak dua-dua gambar tu? Macam dah tua sgt je nampak nye.. Baru 51 tahun tp macam da 60 tahun.. hehe..

Sekarang Shidah, Dak Lin, Kak Nurul lak try..

Klik di sini..

Labels: ,

Saturday, June 19, 2010

Tag..

1.Thank and link the person that tagged you
Thank to
Fidah for tagging me.

2.Tag 10 bloggers you've recently discovered and think fantastic
Shidah, Alya Zahirah, and anybody yg melawat..

3. Contact that blogs and let them know they've been tagged
i try..

4. State 7 things bout yourself

- saya, perempuan.. (hehe)

- saya suka makan2...

- saya sayang family

- saya suka window shopping jgk cam fidah..

- saya tak byk cakap.. tp klu sekali ckp, jaga2 la korang.. (ye

ke?)

- saya suka berkawan

- tp saya bukan peramah..

DONE!!



Labels:

Tuesday, June 15, 2010

Maksud di Sebalik Nama...

Maksud nama anak2 ku..


Faris Isyraf..
(فارس إشراف)

Faris bermaksud 'yang alim' @ 'ahli firasat'


Isyraf pula bermaksud 'ketinggian'





Haifa Zahra
(هيفاء زهراء)

Haifa bermaksud 'perempuan yang langsing' @ 'lembut suaranya'

Zahra pula bermaksud 'yang berseri'







Labels: , ,

Friday, June 11, 2010

AMARAN!!!! Jangan Jilat Sampul Surat...

Saja paste kan emel ni.. Sebab ramai dikalangan kita yg suka buat begini...

AMARAN!!! Jangan Jilat Sampul Surat

Seorang wanita sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California. Beliau tidak menggunakan span untuk perekat sampul suratnya tapi sebaliknya menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya. Pada hari yang sama juga wanita itu mendapati terdapat satu luka kecil pada lidahnya. Luka itu membengkak. Wanita tersebut terus pergi berjumpa doctor untuk mendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya. Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan lidah beliau dan doktor menganggap bahawa ia hanyalah luka kecil dan bengkak biasa. Wanita itu tidak merasakan sakit atau kebas walaupun lidahnya bengkak.Tetapi setelah hari berganti hari. Bengkak pada lidah wanita tersebut semakin membesar. Dengan rasa yang tidak puas hati beliau terus berjumpa doktor kembali dan memaksa doctor berbuat sesuatu pada lidahnya. Doktor tersebut terus mengarahkan wanita itu
menjalani ujian x-ray. Keputusannya doktor tersebut mendapati terdapat satu benjolan pada lidah wanita itu. Lantas doktor menasihatkan agar wanita itu menjalankan pembedahan kecil pada lidahnya untuk memastikan punca benjolan pada lidah wanita tersebut. Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian yang benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu. Kesimpulannya terdapat telur lipas pada pelekat sampul surat yang dijilatnya. Telur itu mampu menetas di dalam lidah dan kelembapan di dalam mulutnya. Ini adalah kisaha benar yang ditulis di dalam berita CNN.

Andy Humes menulis: "Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat". "Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan di dalam tangki pelekat untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda yang terapung di permukaan "tray" gam tersebut!". "Saya sudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat perekat sampul surat sebaliknya saya menggunakan span basah". "Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan tidak membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat. Saya tidak pernah faham mengapa. "Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500 kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas sedang menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!"

INGAT TUE...BAHAYA!!!

AMARAN!!! Jangan Jilat Sampul Surat.
.

Labels:

Thursday, June 10, 2010

i-city...

Ahad, malam kami ke i-city.. Ramai yg cerita pasal tempat tu kat sekolah.. So, aku pun ajak lah husband gi..

Punya lah ramai orang.. Nak masuk parking pun punya susah.. Padahal parking kosong je.. Kena beratur dekat sejam baru dapat parking..

Ni gambar dari dalam kereta..

Tengok daripada jauh, memang cantik la.. Banyak lampu2, yg boleh menarik perhatian orang.. KECUALI FARIS... Kenapa aku cakap camtu? Sebab orang2 yg datang situ semua tengok lampu.. Tapi Faris??? Dok mengadap craine... Crane tu pulak, yg dia pegi park kat situ wat pe.. Puas la dipujuk2, ajak tengok bas pulak.. Pun tak jalan..

"Mama, Abah, crane Faris punya" katanya...

So, ambil lah gambar bersama-sama crane tu...



Ajak ambil gambar dekat lampu, tapi Faris masih mengadap ke arah crane tu..



Haifa syok pulak tengok lampu banyak2...



Dalam pukul 10.30 malam kami balik...
Pada aku ni bukan lah tempat yang wajib dikunjungi..
Datang sesekali boleh la..

Labels: ,

Tuesday, June 8, 2010

Swiss-Garden and Spa Resort (Day 2)

Hari kedua..
Pagi dah bangun, konon nya nak ambil gambar matahari terbit..
Ni lah hasil nya.. Camera biasa je.. Angan2 nak beli SLR, tp ongkos nya belum mengizinkan..
.

Sarapan diGarden Terrace..


Pas tu mandi laut lg la, sampai puas sebab dah nak balik kan.. bukan senang2 nak g tempat camni..
.

Dah puas mandi laut, bawak anak2 mandi pool lak.. tapi sekejap je lah.. dah kesejukan..
.
Haifa lebih ceria masa mandi pool, banding mandi laut.. Mungkin kat laut terasa ombak, pool kan tenang je... Walaupun ramai budak2..
.

Time to check-out..

.

Dalam perjalanan pulang tu, ternampak pulak Genting Highland.. Nun jauh kat atas sana tu.. Plan nak bawak anak2 main2 kat situ.. Tapi tunggu diaorang besar sikit..
.
Tamat kisah percutian kami di Pantai Balok...
Malam tu pulak kitaorang pergi i-city.. Jalan lagi, sampai puas..

Labels: , , ,

Swiss-Garden and Spa Resort (Day 1)

Hari Sabtu, 5.6.2010.. Pergi kenduri kahwin Ila kat Lanchang (tak ambil gambar lak, kamera tinggal dlm kereta).. Lepas tu terus bergegas ke Kuantan.. Dah booking resort kat sana..

Perjalan ke Kuantan.. Anak2 aku mmg berdisplin dalam kereta.. Dah dilatih dari kecik lagi..
.

Our driver..
(Gambar co-pilot nye lupa nak snap).
.

Swiss-Garden and Spa Resort..
Sampai dlm pukul 4, terus check-in..
.

. Dapat bilik yg menghadap laut, asalnya booking yg Garden View.. Sebab murah sikit, Tp bilik kami di 'upgrate' kan ke seaview.. Harga masih Garden View..

Our Room..
.

Masuk bilik rehat2 dulu sambil tengok pemandangan Laut China Selatan.. Biasa mandi kat Selat Melaka je kan..
Gambar pemandangan laut dari balcony..
.

Faris dan Haifa tengok laut.
.
Tengok Faris cam da mula ngantuk, letih dok lama dlm kereta agaknya.. Kitaorg pun siap2 nak ke laut..
Gambar tengah mandi manda kat laut..
.

Setelah penat bermandi-manda.. Faris dan Haifa tido nyenyak..
(tgk gaya tidur diaorg, sama kan..)
.

Tamat kisah hari pertama di Pantai Balok..
Nak g ambil anak2 kat Taska..
Esok akan sambung lagi kisah percutian kami..

Labels: , , ,