Asam Pedas Untuk Dia
ASSALAMUALAIKUM...
Tajuk novel ni buat aku tertarik untuk ambil kat rak kedai buku dan terus bayar. Asam pedas, my favourite (orang Melaka kan).. Nyum3..
Sinopsis kat belakang buku boleh baca kat bawah ni.
Now, my turn nak buat sinopsis pasal buku ni. Hmm.. hmm.. Kisah suami isteri mmg jadi trend penulis sekarang. Novel ni berkisar tentang seorang wanita (nak kata gadis xleh sbb dia dah ada anak) bernama Ainin Sofiya. Selepas kematian suaminya Ainin terpaksa bekerja menyara hidup untuk mereka sekeluarga. Ainin bekerja sbg pembantu rumah separuh masa di rumah keluarga Ahmad Ziyad.
Ziyad yg sangat menggemari asam pedas yg dimasak Ainin kemudian melamar Ainin dengan alasan utk membantu kehidupan keluarga Ainin. Ainin menerima dgn syarat rahsia perkahwinan mereka dan Ainin tak boleh mengandung. Ziyad amat bertanggungjawab dlm menyara kehidupan Ainin sekeluarga. Kebajikan anak Ainin juga sgt diambil berat.
Pandai betul mereka sorokkan perkahwinan mereka. Ziyad mula jeles bila lelaki lain beri perhatian kat Ainin. Ainin pula mula memikirkan bagaimana nasibnya selepas Ziyad berkahwin dengan Syafinaz (Syafinaz ni perempuan yg Ziyad janji akan kahwini sblm berkahwin dgn Ainin). Ainin mula sakit hati bila melihat Syafinaz, mendengar cerita yg Syafinaz akan kahwin dengan Ziyad.
Zarul, adik Ziyad pulang dr oversea pula menyukai Ainin. Mula lah dia cuba nak ngorat Ainin (tp dia bukan tau Ainin tu kakak ipar dia). Apa jadi seterusnya? Camne pulak dengan kisah Ziyad dan Syafinaz? Kalau nak tau, dapatkan novel ni yg berharga RM21. Tak rugi tau baca kisah ni sampai habis. Memang besttt..
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home