Wednesday, March 18, 2015

Buku Merah

Buku merah jgn lupa bawa moga2 belum tamat tempoh.. Haha lama x muncul tup2 nyanyi plak. Of course la lambat lagi tamat tempoh buku merah ni, baru buat semalam. Jenuh, dari jam 9pg siap kul 2.40ptg.
Lama sungguh tak pergi Singapore, 20 tahun kut. Dulu masa kecik2 kerap ke sana sbb abah kerja sana. Nenek, atok dan makcik pakcuk belah abah semua kat sana. Sebab kerap ulang alik Melaka -Singapore, mak kata aku dan adik membesar dalam ketapi. Haha, kesian jer bunyinya.
Bila dah mula sekolah, masa cuti sekolah jer mesti pergi sana habiskan hari cuti.
Tapi bila semakin dewasa jarang dah ke sana. Makcik pakcik rajin la bwk kami jalan2, tapi dulu Universal Studio tak wujud pun lagi.
Makin dewasa jarang dah ke sana sebab abah pun dah kerja kat Melaka. Start masuk universiti tak pergi sana dah. Pasport Singapore pun dah tak renew.
Dulu2 ada pasport khas untuk ke Singapore jer. Sekarang xde dah, guna pasport Malaysia. Ni pun buat pasport sebab cousin nak kahwin, sebelum ni dah ada seorang cousin kahwin tapi tak dapat pergi. Kali ni usahakan jugak untuk pergi, kira main redah jelah ni.
Plan nak naik bas jer dari Larkin dan sampai Singapore nti naik MRT plak. Confident jer. Kalau sesat pun dalam pulau tu jer, hihihi. Doakan kami selamat samapi.dan kembali semula ke Malaysia. Nti kita cerita part2 plak ye.

Labels: ,

Saturday, January 10, 2015

Bimbo - Rin Ahmad

Karya Rin Ahmad yg ditunggu2. Novel pertama untuk tahun 2015 yg aku beli. Bimbo-Miss Bimbo vs Mister Douchebag. Fantasi vs Realiti.

Memang sangat puas hati dari mula baca sampailah jumpa perkataan TAMAT.
Tapi baca karya Rin Ahmad tak boleh skip-skip. Kena baca setiap helai sebab Rin Ahmad biasanya byk flashback. So klu baca lompat-lompat nti tak faham.

"Astalavista loozer! With double o and double z."

Kata2 yg akan sentiasa diingat oleh Elsuraya kerana dia bernggapan org yg empunya suara itu yg menyebabkan kematian ibu dan ayahnya. Tanpa menyedari suara tersebut adalah kepunyaan Dani Ikram, lelaki yg mula bertapak di hatinya.

Selama beberapa tahun tu dia beranggapan Azad adalah empunya suara tersebut sehingga mencambahkan dendamnya kepada Azad. 

Apa kisah sebenar di sebalik kata2 yg dikenang Elsuraya. Jom dapatkan novel Bimbo karya Rin Ahmad.

Labels: , , ,

Wednesday, December 10, 2014

Raudhah - RAM

Sebuah karya Ramlee Awang Murshid. Tamat baca novel ni 12.13 malam tadi. Kisah seorang contract killer yg bernama Faris, menggelar dirinya sebagai Joker. Membunuh penjenayah2 kolar putih,. Kontrak yg diterima melalui emel drpd seseorang yg menggelar dirinya sebagai White dengan kod rahsia -Mawar Putih. Joker tidak pernah bertemu dengan White. Selepas Faris mengalami serangan jantung di mana jantungnya berhenti selama 3 minit, Faris mula berubah.

Bertemu semula dengan Hambali, sahabat yg lama terpisah dan berlainam cara hidup. Hambali seorang hamba yg taat. Faris menyatakan hasratnya untuk berubah. Selepas Faris menolak kontrak dr White untuk membunuh Brendan Cheung, Faris dan Hambali pula menjadi sasaran. Faris menceritakan kisahnya sebagai Contract Killler kepada Hambali. Hambali pd mulanya terkejut sehinggallah mereka benar2 diserang pd malam mereka melarikan diri dan menyorok di Janda Baik. Faris berjanji akan melindungi Hambali. Namun tiba2 semasa kejadian serang menyerang tu Faris kena serangan jantung dan koma.

Sedar dari koma, Faris tercari-cari Hambali..Rupa2nya Hambali telah mati dalam kemalangan dan jantung yg ada pada Faris adalah jantung kepunyaan Hambali. Hambali telah mewasiatkan jantungnya kepada Faris. Faris mula berubah.

Ulasan ini adalah1/2 drpd kisah dalam novel. Banyak lg watak2 dlm novel yg tidak saya ulas contohnya watak Junaitul Al-Fatiah, Bisca, Azhar, Sandy, Tok Chai dan ramai lagi.

Labels: , , ,

Langkawi 2014

Cuti sekolah ni rancang jalan2 ke Langkawi. Book ticket flight bulan Jun lg. Alhamdulillah rancangan menjadi. Kalau tak membazir jer tiket flight.

Flight jam 3.30pm. Kami sewa rumah dan kereta drowner yg sama, ZEETECH HOMESTAY ( klu sape2 nak try bole cr FB nya).

Sampai dah lewat, Day 1: just bawak anak2 mandi kolam yg ada kat kondo ni. Kolam kecik jer, tapi anak2 bertiga ni seronok je dpt mandi main air.

Day 2: Pagi lg dah klua konon2 nak cr sarapan, tetiba Faris muntah2 dlm kereta plak. Tergendala plan nak naik skycab. Tukar rancangan pegi mandi2 kat air terjun dan pantai jer. Ada byk kawasan air terjun di Langkawi ni. Kami pergi ke Air Terjun Temurun. Xde org, monyet2 yg teman kami mandi. Jadi sekejap jelah kat cni, kami pegi ke Pantai Tengkorak plak. Bagi anak2 mandi sampai jemu. Balik petang smbung mandi kolam kat kondo lg.

Day 3: Plan hrni Mangrove n Skycab.. misi berjaya. Pukul 9am Mangrove (ambil package 2 jam)..Naik boat ok ker, yg seramnya naik skycab.. punya curam part nak smpai ke stesyen 1. Huhu.. Petang2 sikit pi jalan2 kat kuah, shopping coklat sikit n kain batik tuk family. Naik flight xleh borong banyak2. Leceh.

Day 4: Time to check out. Pagi sarapan dengan kawan yg dah lama x jumpa yg tinggal di Langkawi, pastu sementara nak tunggu flight pukul 12.30 jalan2 sekejap tgk boat org2 kaya. Tengok jelah. Jam 2pm smpai rumah. Sekian percutian 2014.

Tak habis round Langlawi, ada rezki bole pegi lagi. Lepas ni drive n naik feri plak. InshaAllah kalau panjang umur.

Labels: , ,

Monday, October 20, 2014

Mutiara Hati Rafflesia

Novel yang bakal didramakan. Penulis Bill Bora. Kisah Anis Sophea yg mencari mutiara hatinya. Menjadi perhatian 4 jejaka kacak.

HARIS yg mengenalkan Anis dgn cinta.

ANDRIAN sahabat Haris yg sangat caring.

ZARUL sahabat yg sentiasa di sisi.

IKMAL model yg glemer.

Siapakah yg jadi pilihan Anis Sophea? Jika anda di tempt Anis pula siapa yg akan anda pilih? Haha

Novel ni diberitahu penerbit adalah novel trilogi. Jd akan ada 2 buah lg novel susulan selepas ini.

1. Kisah Anis Sophea sebelum membuat pilihan.

2. Kisah mereka di alam perkahwinan.

3. Kisah tragis perbezaan dua darjat.

Dah selesai baca babak yg pertama. Tunggu pula kisah mereka seterusnya.

Labels: , , ,

Friday, October 10, 2014

DIA YANG KU JADIKAN SUAMI

Karya Rinsya Chasiani yg kedua di bawah Intens Idea. Lain sikit kisah kali ini. Watak heroin pulak yg negatif. Dari awal cerita lg dah digambarkan jahatnya Naazneen Fatah sehingga sanggup mengupah seorang lelaki meniduri kawanya, Irah. Gara2 dia minat pd lelaki yg sama dgn Irah dan lelaki tersebut pun menyukai Irah.

Naaz yg berdikari, anggun, seksi dan kejam. Punya kisah sedih di sebalik sikapnya yg begitu.
Kemudian Naaz bertemu dgn Naim Khair. Pertama kali jumpa, Naim langsung tidak berkenan dan menyampah pada Naaz. Dalam masa yg sama ibu Naim sedang menjodobkan Naim dgn Hidayah.

Kali kedua bertemu, Naim pura2 tidak kenal Naaz dan membuatkan Naaz rasa tercabar. Bila mengetahui Naim akan berkahwin Naaz memasang strategi.

TENGAH BACA DAN AKAN SAMBUNG ULASAN.

Labels: , , ,

Friday, September 19, 2014

The Unsung Hero

Karya ke4 Melur Jelita. Mmg sangat menanti karya kak MJ. The Unsung Hero (HERO) berkisar tentang 2 org sepupu Irvan dan Maryam. Tak tau nak review apa.. Kak MJ pun dah warning jgn bg tau lebih2. Spoil orang yg lum baca. Tp yg pasti perasaan tiap kali habis baca novel Kak MJ mmg susah nak digambarkan.

Cuma novel HERO ni macam ada smbungan jer. Ada misteri yg tak terungkai. Penamat pun mcm tiba2 jer.. huhu. Tapi kalau ada sambungannya pun best jugak.

Karya Kak MJ mmg ramai yg ternanti-nanti. Namun x semua orang bole hadam dengan cara penulisan beliau. Lain org lain citarasanya.. cuma bagi aku karya beliau mmg best.

Labels: , ,