Anniversary

Tuesday, August 3, 2010

Dari Tadika Kemas ke SKBSD1...

Teringat lak kisah2 lama.. Bermula dari Tadika Kemas di Kampung Pantai Belimbing.. Ingat lagu cikgu Tadika ku.. Cikgu Saadiah.. Terima kasih cikgu.. Kerana mula mengajar aku tulis baca..

Sekolah rendah lak, aku ke SK Parit Melana..
SK Parit Melana, now.. Bangunan pun batu..

Masa aku sekolah dulu bangunan kayu 1 blok 2 tingkat dengan tingkap jaring2 dan bangunan batu 1 tingkat. Kalau berlari2 dalam blok kayu mesti bunyi kuat lantai kayu tu dan gegar2.. Ingat lagi cikgu BI aku kalau ngajar, dia ajar pe tah masa tu.. Suruh kitaorg lompat.. 'Lompat la kuat2, roboh sekolah ni korang dapat sekolah baru'.. Ada jugak kawan sekolah aku yang jadi cikgu kat sekolah ni..

Dengan berbekalkan UPSR cuma 2A, 2B (teruk kan result aku).. Aku pun melangkah ke SMSP (SMKSP sekarang) @ Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan..

Dari Form 1 Cempaka - Form 5 Science, aku berada kat sekolah tu.. Sayangnya lah aku kat sekolah tu kan.. Lepas PMR pun aku stay kat situ gak.. memang takde apply mana2..

Ni lah kawan2 ku masa di 4 Science (agaknya).. Aku lum jadi pengawas sekolah lagi masa ni.. Guru kelas aku masa ni, Puan Maszairiani merangkap guru BM ku (betul kan ejaan nama cikgu ni, dulu cikgu marah kalau salah tulis nama cikgu).. Berkat cubitan cikgu la saya dapat A1 tuk BM (Terima kasih cikgu) Tapi cikgu ni dah tak ngajo kat SMKSP lagi..



Lepas Form 5 (lepas dapat result SPM), malu nak cakap resultnya.. aku apply UTM (Universiti Teknologi Malaysia) dalam jurusan Kejuruteraan Awam.. Aku tak tahu pun apa scope2 engineering sebenarnya (maklumlah akukan dari sekolah biasa je, bukan sekolah teknik).. Dapat pulak tu course Diploma in Civil Engineering kat UTM, KL..


Habis je Diploma, terus sambung ke Ijazah lak kat UTM Skudai (masa ni lah sibuk kawan2 dengan suami ku, padahal kami sama2 je dari UTMKL, bary kenal kat Skudai, actually masa kat KL dia dengan org lain, he3)... Punyalah lama aku belajar kan, 5dekat 6 tahun gak la.. Dengan Loan dari MARA.. Asalnya loan, Alhamdulillah dengan pointer yg OK, dapat lah di 'convert' kan ke biasiswa.. So, aku takde hutang pe2 la duit masa belajar kat UTM..

Lagu UTM, Keunggulan Terbilang..


video

Habis Ijazah ku, setahun gak aku dok tanam anggur kat rumah.. Pastu dapat la jadi GSTT kat
SK Belimbing Dalam.. Gaji cuma RM800 je, ikut SPM (jadilah dari takde kan, syukur).. Pastu mintak KPLI, 2 kali aku mintak KPLI yg pertama aku mintak Pengajian Kejuruteraan Awam (Sekolah Menengah la).. tak dapat.. Kali kedua aku tukar lak mintak Matematik (SR), baru dapat.. Bagus gak dapat sekolah rendah kan.. Dapat kat Maktab Perguruan Batu Pahat.. (now, known as IPTHO)..


Habis Maktab terus dapat posting kat SK Bandar Sri Damansara 1, KL.. Tempat aku mencari rezki sekarang..



Mungkin tahun depan aku leh letakkan LOGO sekolah lain lak kot (kot la dpt tukar school lak).. hehe

Panjang lak entry kali ni.. Jangan boring baca ye..

Oklah, dikesempatan ni aku nak ucapkan TERIMA KASIH, CIKGU.. Pada cikgu2 ku dari tadika sampai lah aku ke SKBSD1..

Bye..

No comments: