Anniversary

Friday, February 4, 2011

Jalan2 Putrajaya..

Jalan2 kat Taman Botani..
Boleh sesat pulak masa nak mencari Taman ni..
Penat berjalan, duduk jap lepas lelah.. Faris dah mintak dukung sebenarnya..
Tapi, aku Psiko dia, klu dukung kita balik rumah..
Terus x jadi dukung..
Anak2 ku yg ceria..
Jumpa lak mesin air ni.. Bole la beli air..
Hilangkan dahaga..
Posing jap ngan anak2 ku tersayang..

Beria-ia Faris minum air ni.. Tak pernah minum dlm tin..
Selalu beli botol atau kotak..
Cantik pulak bunga ni merimbun..
Kami teruskan berjalan.. Haifa dengan air kat tangan.. Jalan menurun bukit, laju jer.. tiba2 bila dia nak berpusing balik kat aku, terus tergolek (baik punya tergolek), dengan air tin nya pun jatuh.. Tapi, elok jer dia bangun gi kejar balik air tin tu.. Tak igt yg dia baru jatuh..
Pokok kemboja ni cuma tinggal dahan je, da takde daun.. Bunga apatah lagi..
Pemandangan tepi tasik..
Buah dari pokok Ara, boleh makan ke ek? Macam sedap je..
Lepas tu Faris da tak tahan nak buang air, cari toilet dlm taman ni punya susah, setiap toilet tu berjauhan.. tak de sign pulak tu tuk cari toilet..
Kami terus keluar la, gi cari makan lak.. Gi makan kat Alamanda..
Pastu umpan anak2 naik kereta ni..
Kenyang je, balik.. Konon nak gi ke Taman2 yg lain pulak..
Tak jadi la, tengok anak2 pun da keletihan..
Tengok Faris, sambil makan Twisties lelap, bila sedar sambung balik makan..
Ni da betul2 lelap la ni..
Haifa pun lelap, lepas habiskan sebotol susu..

2 comments:

Aida Omer said...

Chomelnya Haifa tido. Btw, faris dah tak guna baby seat ek? Bagos betollah...

Dija said...

Faris masih guna lagi.. Masa ni bukak sb tmpt duduk dia tu basah, dia terkencing masa tido dlm kete..