Anniversary

Wednesday, March 16, 2011

Kacang Panjang.

Tiap kali bila buka pintu belakang rumah nak basuh baju, adalah perasan ada pokok menjalar naik ikut grill belakang rumah.. Cakap kat hubby, dia suruh biarkan je dulu.. Klu da nampak serabut baru buang.. Klu ikut aku buang jer..
Tapi nasib baik jugak tak buang pokok tu.. Rupanya pokok kacang panjang..


Pastu teringat lak, mmg ada amik benih kacang panjang and kacang botor dari rumah MIL.. Tapi sebab tanah belakang tu baru diracun, tak jadi la nak tanam..
Alkisahnya, masa aku basuh sink belakang rumah jumpa benih kacang tu.. Aku buang la keluar.. Tak sangka lak nak tumbuh, elok je.. Rezki gak tu.. Sekali petik dapat la 5 ke 6 tangkai.. Buat ulam jelah..

Yang ni nak wat benih semula.. Nak campak kat tepi pagar lak.. Harapnya hidup.. Jangan jadi macam cili api ku, yg tumbuhnya lalang..

No comments: