Memories Never Fade
Aku coretkan...
Friday, August 13, 2010
Faris berambut pendek.
Payah tul nak memotong rambut Faris ni.. Tak tau diam.. Abahnya la, rajin nak memotong sendiri rambut Faris.. Pakai mesin rambut senang je.. Faris je yg tak diam..





Wednesday, August 11, 2010
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan..
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua..
Tuesday, August 3, 2010
Dari Tadika Kemas ke SKBSD1...
Sekolah rendah lak, aku ke SK Parit Melana..

Masa aku sekolah dulu bangunan kayu 1 blok 2 tingkat dengan tingkap jaring2 dan bangunan batu 1 tingkat. Kalau berlari2 dalam blok kayu mesti bunyi kuat lantai kayu tu dan gegar2.. Ingat lagi cikgu BI aku kalau ngajar, dia ajar pe tah masa tu.. Suruh kitaorg lompat.. 'Lompat la kuat2, roboh sekolah ni korang dapat sekolah baru'.. Ada jugak kawan sekolah aku yang jadi cikgu kat sekolah ni..
Dengan berbekalkan UPSR cuma 2A, 2B (teruk kan result aku).. Aku pun melangkah ke SMSP (SMKSP sekarang) @ Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan..

Dari Form 1 Cempaka - Form 5 Science, aku berada kat sekolah tu.. Sayangnya lah aku kat sekolah tu kan.. Lepas PMR pun aku stay kat situ gak.. memang takde apply mana2..

Lepas Form 5 (lepas dapat result SPM), malu nak cakap resultnya.. aku apply UTM (Universiti Teknologi Malaysia) dalam jurusan Kejuruteraan Awam.. Aku tak tahu pun apa scope2 engineering sebenarnya (maklumlah akukan dari sekolah biasa je, bukan sekolah teknik).. Dapat pulak tu course Diploma in Civil Engineering kat UTM, KL..

Habis je Diploma, terus sambung ke Ijazah lak kat UTM Skudai (masa ni lah sibuk kawan2 dengan suami ku, padahal kami sama2 je dari UTMKL, bary kenal kat Skudai, actually masa kat KL dia dengan org lain, he3)... Punyalah lama aku belajar kan, 5dekat 6 tahun gak la.. Dengan Loan dari MARA.. Asalnya loan, Alhamdulillah dengan pointer yg OK, dapat lah di 'convert' kan ke biasiswa.. So, aku takde hutang pe2 la duit masa belajar kat UTM..
Lagu UTM, Keunggulan Terbilang..
Habis Ijazah ku, setahun gak aku dok tanam anggur kat rumah.. Pastu dapat la jadi GSTT kat
Habis Maktab terus dapat posting kat SK Bandar Sri Damansara 1, KL.. Tempat aku mencari rezki sekarang..
Mungkin tahun depan aku leh letakkan LOGO sekolah lain lak kot (kot la dpt tukar school lak).. hehe
Panjang lak entry kali ni.. Jangan boring baca ye..
Oklah, dikesempatan ni aku nak ucapkan TERIMA KASIH, CIKGU.. Pada cikgu2 ku dari tadika sampai lah aku ke SKBSD1..
Bye..
Monday, August 2, 2010
My Sewing Machine..
Sabtu baru ni (31/7) persi ke LSN (Lings Service Network (M) Sdn Bhd) , No 24D Jalan Damai Perdana 1/8C , Bandar Damai Perdana , 56000 Cheras, W.P. Kuala Lumpur..
Punya la jauh ek..
Dari Sungai Buloh ke Cheras, semata-mata nak cari mesin jahit.. Bukan pe, dari forum yang aku baca, servis kat sini bagus.. Pekerja2 nya bagus, layan pelanggan dengan baik..
Berpusing2 gak cari kedai ni..
Salah sorang dari pekerja kat situ tanya, aku nak beli mesin jahit pe? Ciri2 camne nak, minat tak dengan sulam2..
Aku cakap, just nak cari mesin tuk jahit langsir, jahit baju.. tak payah la sulam2 tu..
Dia dah siap nak tunjuk kat aku cara guna embroidery machine...

Pekerja tu nak tunjuk guna embroidery machine tapi aku tolak.. Sebabnya aku dah ada model machine yg aku nak.. Mesin Jahit Brother NV50
Aku terus mintak dia tunjuk ajar je guna machine yg aku nak beli..
Ni la machine yg aku beli, akhirnya selepas survey banyak kali ngan member2 forum dekat WMC (WanitaMelayu.Com)..Sebenarnya aku tak lah bayar cash pun beli sewing machine ni.. Buat installment.. Tu pun lepas bincang2 ngan husband.. My hubby said, duit yang ada tu simpan la (tuk emergency).. Sebab wat installment guna Maybank Card kan 0% interest.. Sama je kalau kita bayar cash or bayar bulan2..
So aku pun amik la keputusan tuk buat instalment je, 12 bulan..
Hari ni, da start jahit langsir... Memang best guna mesin jahit ni.. Walaupun bukan jenama terkenal cam 'singer'..
Labels: aku