Anniversary

Sunday, December 8, 2013

Kek Minyak

Kek minyak menjadi kegilaan kat 1 group memasak FB.. macam2 komninasi warna dorg buat. Sampaikan aku pun terpengaruh nak cuba buat kek ni.. senang jer buat kek minyak ni.. sukat pun guna cawan jer.. x payah nak keluarkan penimbang semua..

Resepi: Kek Minyak
Bahan2;
2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak
5 biji telur
1 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
1 sk baking powder
1 sb ovalet
Sedikit vanila
Pewarna

Cara2;
Gaulkan tepung dengan baking powder. Ketepikan dahulu.
Pukul telur, gula dan ovalet menggunakan hingga gebu. Masukkan minyak n vanila. Masukkan susu. Pukul lagi.
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis. Pukul hingga sebati. Asingkan bancuhan kepada beberapa bahagian. Isikan pewarna yg belainan. Kemudian isikan bancuhan td ke dalam loyang, selang selikan untuj dpt corak yanh cantik. Bakar dlm oven selama 45 minit, suhu 160°c.

Setakat ni aku dah cuba buat 4 biji kek minyak.  Kek minyak yg ketiga x menjadi sebab tak pukul dgn betul smpai gebu.

No comments: