Saturday, July 6, 2013

Kisah Naz dan Khaalish (KNK)

Karya kedua Hanina Abdullah.

Naz yg pernah bertunang dgn Khaalish 4 tahun dahulu sgt memberi kesan kepada kehidupan Naz. Walaupun bertunang mereka tidak pernah bersua. Pertunangan tersebut berlangsung sebenarnya utk memisahkan Khaalish dan Ilsa. Khaalish sendiri tdk pernah menyetujui. Kerana cuba melupakan peristiwa tersebut, Naz membawa diru merantau ke serta dunia. Namun takdir Allah, mereka bertemu kembali.

Khaalish yg tidak mengenali Naz pada awalnya, mula menyukai Naz. Dek kerana telah jatuh hati kepada Naz, Khaalish sanggup menjejaki Naz keselurub pelosok alam. Naz pula dimulutnya sahaja kata tidak suka. Naz takut sebenarnya utk sekali lagi jatuh cinta dgn Khaalish. Takut akan terluka lagi dan susah untuk dia bangkit semula.

Tapi kerana cinta mereka berkahwin juga. Rumahtangga dilayari dgn bahagia sehinggalah kemunculan semula Ilsa. Ilsa cuba untuk memikat semula Khaalish. Tp Khaalish amat membenci Ilsa kerana satu peristiwa beberapa tahun dahulu.

Jom baca Kisah Naz dan Khaalish. Anda pasti tak kecewa. Sekarang ni tgh tunggu karya ketiga Nina. Seteguh Fayqa..

Labels: , , ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home