Anniversary

Sunday, January 10, 2010

Birthday my MIL..

Malam tadi (Sabtu, 9/1), pegi ke rumah my MIL.. Celebrate besday my MIL yg ke-70 tahun.. Punya lah riuh rendah dengan anak2 buah suami ku.. kira anak buah aku jugak la kan.. dorang masak laksa n nasi.. aku cuma bawa nuget yg belum digoreng.. haha.. menantu yg malas kan..

banyak gak makanan yg disediakan, maklum lah anak2 buah ramai.. 22 orang, masuk anak2 ku jadilah 24 orang.. nak ambil gambar sebelum makan pun tak sempat, dah diserbu oleh anak2 buah ku..

Acara memotong kek.. dikerumuni oleh budak2.

Budak2, memang pantang kalau ada makan2.. Lagi2 kalau ada aiskrim.. orang tua pun sama..

My MIL

My MIL dengan tak sampai sebahagian daripada cucu2nya.
Cucu yg paling pertama Tingkatan 2, yang ke24 (paling kecik wat masa ni) berusia 4 bulan.

No comments: