Saturday, December 28, 2013

Roti Puri @ Roti Arab

First time buat roti puri untuk sarapan.. best.. nak share resepi dengan kawan2.. resepi ni diambil dr group facebook KONGSI2 RESEPI KEK, KUIH DAN LAIN2.. bagus jugak dapt join group masak2 ni. Jadi rajin nak mencuba sbb semua dlm group x kedekut nak kongsi resepi.

Bahan-bahan
500gm tepung gandum

4 sudu minyak masak

1 st garam

1 st gula

2 sudu susu tepung

1/2 paket yis bancuh dengan air suam

Air secukupnya untuk menguli.

Cara-cara:

Uli kesemua bahan-bahan di atas sehingga jadi doh. Kemuadian bulat2kan sebesar bola golf. Perap selama 20 minit.. tutup dengan kain lembab. kemudian canaikan doh tadi, jangan terlalu nipis atau tebal. Goreng dalam minyak yang banyak. Semasa menggoreng, siram2kan dengan minyak. Kuih akan kembung dengan sendiri. boleh cicah dengan kari atau apa2 yg sesuai.

#pastika api sederhana semasa manggoreng. Takut masak x sekata.

Selamat mencuba.

Labels: , ,

Friday, December 27, 2013

PERSEDIAAN SEKOLAH FARIS

Anak bujang ku Tahun 1 next year.. maka bermulalah episod membeli kelengkapan sekolah untuk Faris. Faris akan ke sekolah yg sama dgn tempat aku mengajar. SK Bandar Sri Damansara 1.

Kali ni merasalah jahit lencana dan tanda nama kat baju sekolah anak. Macam masa aku sekolah dulu mak yg jahit kan. Dulu masa aku sekolah baju pun x beli yg siap. Mak beli kain ela jer n mak jahitkan baju. SAYANG MAK N ABAH.

Faris ni senang beli jer. Anak laki kan kena pakai kemeja. Lagipun aku tak pandai sangat jahit baju mcm mak. Larat jahit lencana n nametag jer. Haha.

Ok. Kita tgk nti apa cerita Faris sekolah pulak. Haifa pulal di tadika tempat yg sama. TADIKA SUTERA GENIUS.

Labels: ,

Sunday, December 8, 2013

Kek Minyak

Kek minyak menjadi kegilaan kat 1 group memasak FB.. macam2 komninasi warna dorg buat. Sampaikan aku pun terpengaruh nak cuba buat kek ni.. senang jer buat kek minyak ni.. sukat pun guna cawan jer.. x payah nak keluarkan penimbang semua..

Resepi: Kek Minyak
Bahan2;
2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak
5 biji telur
1 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
1 sk baking powder
1 sb ovalet
Sedikit vanila
Pewarna

Cara2;
Gaulkan tepung dengan baking powder. Ketepikan dahulu.
Pukul telur, gula dan ovalet menggunakan hingga gebu. Masukkan minyak n vanila. Masukkan susu. Pukul lagi.
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis. Pukul hingga sebati. Asingkan bancuhan kepada beberapa bahagian. Isikan pewarna yg belainan. Kemudian isikan bancuhan td ke dalam loyang, selang selikan untuj dpt corak yanh cantik. Bakar dlm oven selama 45 minit, suhu 160°c.

Setakat ni aku dah cuba buat 4 biji kek minyak.  Kek minyak yg ketiga x menjadi sebab tak pukul dgn betul smpai gebu.

Labels: ,

Thursday, December 5, 2013

Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Novel yg dah lama dibeli tp belum berkesempatan dibaca.. sibuk dgn kerja sekolah. Update tu update ni, key-in itu key-in ini..

Sekarang baru berkelapangan nak membaca sambil2 melayan karenah anak2 di rumah..

Ulasan novel ni akan sy update bila dah abis baca.. drama adaptasi dr novel ni akan menemui penonton di astro.. lakonan Sharnaz sbg Jebat dan Nelydia Senrose sbg Mas..

Mmg sesuai sungguh ngn Sharnaz watak Jebat ni. Tgk plk hasil nya nti..

Labels: , , ,