Friday, December 23, 2011

Triffle... Nyum..nyum...

Tadi try buat Triffle.. 1st time buat..
Nampak cam jadi jer.. Tapi tahla rasanya camne..
hehe..
Ni lah hasilnya..
nak bawak balik kampung esok..
ni untuk kami makan sekeluarga..
ada 5 gelas, sebab 5 org kan
Fawwaz makan? faham2 jelah.. he3..

Labels: ,

Monday, December 19, 2011

Peringatan untuk semua yg ada 'Online Banking'..

Dah 2 kali dapat emel dari CIMB, kononnya akau nak expired.. Suruh klik kat link yg diberi..
Aku bukannya ada akaun CIMB pun.. Nak login dgn apa..
Nampak sgt tipu nya.. Klu orang yg ada akaun, login ikut link yg diberi silap2 duit dalam akaun hilang..
So, berhati-hatilah.. Macam2 cara org nak menipu sekarang.. Macam x leh nak cari duit halal..
Dear Customer,

Greetings from CIMB Clicks!

Your online banking will expire soon.

To avoid any interruption to your service, please log in to your CIMB Clicks account
using our website below to update your internet banking profile.

www.cimbclicks.com.my

Sincerely,
CIMB Bank

Labels: ,

Sunday, December 18, 2011

Makan2 @ Tree Steak House

17.12.2011..

Birthday En. Hubby yg ke 32 tahun..

Gi makan2 kat Tree Steak House, Sg Buloh..

First time pergi ni, x pernah try lagi sebelum ni..

Order beef steak, lamb black paper, chicken roaster..

Air buah-buahan n tak lupa nescafe ais (ni xleh tinggal)

Main bawah meja pulak budak2 ni..


Haifa dok mengerjakan ais.. Bukan minum airnya..

Makanan sampai x sempat dah nak snap gambar..
Ni jer yg sempat di ambil gambarnya
Sapelah yg makan bersepah ni

Siap makan cepat-cepat balik..
Fawwaz dah start meragam..
Orang pun dah start ramai..

Kesian Fawwaz, dok kat stroller jer..
Belum bole makan ye sayang..
Tunggu lagi sebulan nanti mama kasi makan..

Labels: ,

Saturday, December 17, 2011

Soto again...

10.12.2011.. Nadia n Nik nak datang rumah..
So, plan nak masak soto..
Husband aku pun ok jer, dia suka la..
Lg pun dah lama tak buat, last buat sebelum bersalin Fawwaz lagi..

Lepas Asar baru dorang sampai..
Nak tgk Fawwaz, thanks ye Nadia n Nik..
Bagi Fawwaz baju..
Jangan risau la, masih boleh pakai baju tu..

Labels: ,

Wednesday, November 23, 2011

Shopping Shawl n Pashmina @ Butikpinkku

Hai, korang..
Hari ni nak cerita pasal shopping..
Shopping selendang jer.. Online.. Senang..
Tak yah pergi kedai dengan bawak anak2..
Tekan2 jer.. Dunia di hujung jari jemari sekarang..
Aku selalu beli shawl or pashmina kat Butikpinkku.blogspot..
Untuk belajar cara2 pakai shawl bole klik di bawah.
Nilah owner butikpinkku, FARA.. Comelkan..
Promote sikit..
Hujung tahun ni butikpinkku ada buat YES..
Jom ramai2 shopping kat situ..

Labels:

Sunday, November 20, 2011

Family Day ARUP (Office husband)

19 November 2011.. Family Day ARUP (office husband)..
Kali ke2 join family day ni, 1st tahun 2006 (kat Sunway Lagoon).
Lepas tu ada tahun yg buat, tp x berkesempatan nak join sbb ada keje lain kena buat..
Ni kat Desa Water Park.. Oklah jugak tuk budak2 main air..
Lagi pun free kan.. ikut jelah..
Kalau klua duit sendiri, Dewasa RM24.. Kanak-kanak RM17..
Kami sampai kul 9.30pagi.. tak buka lagi pun, tunggu kul 10pagi..
Ada la game yg disediakan.. Tapi tak join..
Budak2 dah tak tahan tgk air..
Da x sabar nak terjun dlm air..
oy ye.. Fawwaz Haziq tak bawak sekali, dia ditinggalkan kat taska..
Kesian Fawwaz, nanti dah besar sikit mama n abah bawak sekali ek..
ni nak bagi Faris n Haifa main puas2..

Haifa macam takut2 jugak nak main air..
Faris lak klu bole tak nak naik langsung..
Sampai makan pun dia x nak.. Kecut2 tangan masing2..
Seronok sangat main agaknya..
Pukul 2.30 ptg ajak diorg naik, salin baju..
(sblm tu sebenarnya da byk kali ajak balik, tapi dorg tak nak)
Nak balik tgk bola separuh akhir sukan SEA..
Sampai rumah dekat pukul 4 jugak..
Faris n Haifa dah keletihan, tertidur dlm kereta..
Sampai rumah konok nak tgk bola..
Akhirnya semua lelap.. Letih main air..

Labels: ,

Monday, November 7, 2011

Bowling @ MITC

Balik raya haiji ke Melaka..
Petang raya haji sempat gak ke Pusat Bowling @MITC..
Main bowling dengan sepupu2 aku..
Cam biasala, aku ni mana reti sangt main bowling..
Haha.. Nak2 tangan memang tgh sakit.
Faris dok menjaga bola dengan kat situ..
Masa baru2 sampai elok jer dia dok kat tengah2 palang tu..
Budak kecik ni pun ikut sama..
Bagus, x meragam..
Lepas kepenatan menjaga bola bowling..

Labels: ,

Friday, November 4, 2011

Jamuan Akhir Tahun

Jamuan akhir tahun kali ni yg paling ringkas aku buat untuk 3 Rajin..
Order mi goreng RM1 kat kantin, bagi budak2 ni makan.
asalkan dorg kenyang..
Tak sempat nak collect duit wat jamuan yg best2 sebenarnya..
Aku baru masuk sekolah semalam so, pesan kat budak bawak makanan sendiri jelah..
Tak ramai pulak tu yg bawak..
Sebab baru bgtau semalam kan..
So, td order makanan kat kantin jer.

Tengok la meja dorg, kosong je.. selalu tiap tahun penuh makanan..

Tapi x pelah, senang sikit nak kemas..

Labels:

Thursday, November 3, 2011

First Day School..

Hari pertama mula bertugas selepas 3 bulan bercuti..
Memang banyak sungguh kerja yg kena buat..
Banyak sangat input yg masuk hari ni.. Otak sampai 'jem'..
Nak2 diberitahu cuti kena datang sekolah..
Kalu dapat tukar Alhamdulillah.. he3..
Moga permohonan pertukaran kali ni diluluskan..
Amin...

Labels:

Wednesday, November 2, 2011

Hadiah Untuk Diri Sendiri

Hari ni 2 November 2011.. Besday aku yg ke 32 tahun, Alhamdulillah.. Sempena besday yg ke 32 ni, aku menghadiahkan diri sendiri dengan netbook baru.. semalam gi Low Yat, cari netbook.. So, berkenan la kat netbook ni.. Laptop lama da bagi adik..
Gi KL semalam naik komuter, misi utama nak gi Citibank sebab nak terminate creditcard, berjaya di'terminate'kan.. haha.. selesai satu masalah hutang..
pastu husband belanja makan kat Tarbush Restaurant.. makan lamb chop.. sedaaappp..
blanja makan bukan sebab besday pun.. sedia maklum, dia mmg x igt tarikh2 ni semua..
pastu baru la gi low yat cari netbook..
dekat kul 5 baru sampai rumah.. ambil anak2 kat taska..
Fawwaz, masuk je buai terus tido dgn lenan.. kat taska tak puas tido gaknya..

Labels:

Friday, October 28, 2011

Tadika

Tahun depan Faris dah 5 tahun.. So, sekarang ni aku tengah surver2 tadika nak daftar tuk Faris.. Nak cari area Desa Coalfield je.. Mula2 cadang nak antar tadika Kemas jer..

Susah lak nanti nak kena transit2 ke taska..

Last pilih Tadika Nur Kejora Little Caliphs..

Dah pegi jumpa owner tadika tu semalam (Pn Kathy)..

Baik orangnya.. Tanya la sikit pasal bayaran.. Bole readykan duitnya..

Next week nak pegi daftar.. Igt klu ada program bulan 12 nti nak try antar Faris..


Aku ni x ajar pun Faris baca kat rumah.. Yang dia tau eja A.Y.A.M (blajar dari Upin Ipin)Harapkan tadika jelah nak ajar dia mula baca..
Moga dia da bole baca sebelum masuk tahun 1 nanti.. Bukan apa, budak sekarang ekpres.. Takut tertinggal..

Labels: ,

Thursday, October 20, 2011

Pantun Untuk Anak..

Mak selalu nanyikan kat anak2 aku masa dorang baby.. (Berzikir pun biasa jugak)


Burung Kenek-kenek hinggap di atas titi,

Pesan datuk nenek rajin2 mengaji,

Burung kenek2 hinggap di atas batu,

Pesan datuk nenek belajar jangan jemu.


Geleng2 sapi, sapi berdada merah,

Atur tapak kaki berjalan jangan lengah,

Geleng2 sapi, sapi berdada putih,

Atur tapak kaki berjalan jangan letih.

Labels: , , ,

Tuesday, October 11, 2011

Fawwaz Haziq ke Klinik Desa Merbau Sempak

Hari ni bawa Fawwaz ke klinik.. Untuk ambil injection 2 bulan..

Berat Fawwaz hari ni (11/10/2011) 5.4kg, panjang pulak 58cm.

Bagus jugak tunggu giliran x lama sgt..


Nurse cakap ni injection 5 serangkai..

Balik terus bagi ubat demam..

Bila nurse cucuk je, dia punya menjerit macam la sakit sgt2..

He3, mmg sakit pun kan tuk baby..


Pastu terus balik.. Sampai rumah terus bagi ubat demam..

Sekarang ni tgh tidur dengan lena nya..

Sambil mamanya pulak ber'internet'..

Labels: ,

Monday, October 10, 2011

UNTUK PARA SUAMI DAN ISTERI

Buat para SUAMI,
renungkanlah...
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah,
tidaklah pula setaqwa Aisyah,
pun tidak setabah Fatimah...

Justru,
isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
yang punya cita-cita menjadi solehah...

Pernikahan atau perkawinan mengajarkan kita kewajiban bersama,
isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya,
isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya,
isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya,
isteri adalah murid, kamu mursyidnya,
isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya,
saat isteri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya,
seketika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya,
seandainya isteri tulang yang bengkok,
berhati-hatilah meluruskannya...

Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa,
untuk belajar meniti sabar dan ridha kepada Allah SWT.
Kamu bukanlah Rasulullah SAW,
pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah,
kamu hanyalah suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh.

Buat para ISTERI,
renungkanlah...
pernikahan atau perkawinan membuka tabir rahasia,
suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad SAW,
tidak pula setaqwa Ibrahim,
pun tidak setabah Ayyub atau pun segagah Musa,
apalagi setampan Yusuf.

Justru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman
yang punya cita-cita membangun keturunan yang soleh...
Pernikahan atau perkawinan mengajar kita kewajiban bersama.
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya,
suami adalah nahkoda kapal, kamu pengemudinya,
suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya,
saat suami menjadi raja, kamu nikmati anggur singgasananya,
seketika suami menjadi bisa, kamulah penawar obatnya,
seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya...

Pernikahan ataupun perkawinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa,
untuk belajar meniti sabar dan ridha Allah SWT...

Kamu bukanlah Khadijah,
yang begitu sempurna di dalam menjaga,
pun bukanlah Hajar,
yang begitu setia dalam sengsara,
kamu hanyalah wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah.
Kerana itu,
wahai para suami dan isteri,
jangan menuntut terlalu tinggi,
seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya...

Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah,
andai diri tidak semulia Rasulullah?
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf,
seandainya kasih tak setulus Zulaikha?
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis,
andai diri tidak sehebat Sulaiman,
Dan,
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim,
andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.
Yaa Latief.... wahai Yang Maha Lemah Lembut..
berlemah lembutlah kepada kami....

amin...



.

Labels:

Friday, September 30, 2011

Berdua

Lama sungguh tak bergambar berdua.

(sla abaikan org2 yg berada di belakang kami ye)

Tak ingat dah bila kali terakhir amik gambar berdua.

Labels:

Thursday, September 15, 2011

Gaya Haifa



Suka pulak aku tgk gambar Haifa wat camni..
Macam manja2 je..
Haha..
Zoom sikit...

Labels: , ,

Tuesday, September 13, 2011

Kisah Fawwaz Haziq...

Hari keenam lahir, nurse yg datang kat rumah suruh bawa Fawwaz ke Klinik untuk cek darah.
Gi cek kat Ploliklinik Durian Tunggal, kuning dia 15.. So, bila jumpa Doktor kena la refer ke Hospital Besar Melaka (HBM).. Kata Doktor, 15 tu limit nak kena admit wad.. Dok la Fawwaz bawah lampu selama 2 hari 1 malam kat Nursery HBM.. esoknya aku datang semula ke Hospital pukul 10 pagi, aku tunggu ctu sampai pukul 3 ptg smbil breastfeed kan dia bila smpai waktu.. Pukul 3 dia da bole keluar, masa tu kuning da turun 11..
Sejak dari klua Hospital selang sehari mesti kena cek darah samada kat Poliklinik Durian Tunggal @ Kat Hospital Alor Gajah.. Kuning dia turun naik antara 12-14 je.. sampai la hari ke-20, jumpa Doktor kat Poliklinik Durian Tunggal dia refer ke HBM.. Pergilah ke HBM, doktor kata normal 14 hari kuning baby patut hilang.. Klu tak hilang gak mungkin ada masalah lain.. So, Doktor kat Nursery Penjagaan Bayi, HBM refer Fawwaz ke Klinik Pakar Kanak2 pulak..
Appoinment dgn Klinik Pakar, HBM pada 5.9.2011 (11 pg).. Keputusan darah ok jer, takde masalah pd hati atau lain2.. Tapi keputusan air kencing tak dpt lagi.. (Air kencing diambil utk cek klu ada jangkitan kuman).. Doktor ada bgtau mungkin jgk sbb breastfeed kuning Fawwaz lmbt hilang, tp xleh la stop braestfeed, kena teruskn jgk.. Doktor suruh dtg semula 12.9.2011.. sebelum tu ambil darah dulu.. Semlm jumpa Doktor.. Alhamdulillah.. Kuning Fawwaz da xde.. Berat pun da naik ke 4.2kg.. Doktor ckp bole discharge, x payah datang lg..
Kata doktor kuning lmbt hilang mungkin sbb breastfeed..

Labels:

Saturday, September 10, 2011

Raya 2011

Gambar kami sekeluarga...
Dah ada ahli baru tahun ni..
Memperkenalkan Fawwaz Haziq B. Musa..
Masa ni umur Fawwaz dah 26 hari.. (1 Syawal)
Faris Isyraf..
Haifa Zahra..
Gambar bawah..
Dari kanan, AKU, Faris, Nurawatis (SIL), Har (adik aku), Emak,
Fawwaz, Fattah (adik aku), Abah, My hubby, Haifa

Labels:

Sunday, August 21, 2011

My third and last child..


Ni lah putera ke2 aku.. Fawwaz Haziq.. (Fawwaz nama pilihan aku, Haziq nama pilihan suami)

4.8.2011 - aku daftar masuk ke wad.. pagi lagi dah pergi.. sampai jer dewan bersalin (8.00 pagi) daftar nama tapi takleh dapat katil lagi.. kata nurse yg bertugas, wad penuh.. so, kena la menunggu kat bilik bersalin, lalui proses biasa.. cek jantung baby, pasang jarum kat tangan.. pukul 12 tghri baru dapat katil.. Wad 6B katil 6.. Satu mlm aku duduk kat katil 6.. Pukul 12 tgh malam aku kena mula berpuasa.. (org puasa siang, aku puasa tgh mlm)..

5.8.2011 - Pukul 4 pagi aku dikejutkan oleh nursse yg bertugas.. igtkan aku untuk bersiap mandi pukul 6.. pukul 7.30 pagi biasanya slot yg pertama untuk elektif caeserian.. mmg betul pun, kul 7 staf bilik OT dah datang ambil aku untuk ke bilik OT.. Bagus jugak dapat masuk bilik OT awal2 lagi.. Rasa debar2 lak dlm bilik OT kali ni, rasa lama sgt.. masa faris n haifa dulu kejap je rasanya.. masa Fawwaz ni memang lambat sikit.. lepas operate, doktor datang jumpa aku dia cakap pundi kencing lekat dkat parut operate yg lama.. tu yg lmbt sikit.. Fawwaz Haziq lahir pada pukul 8.59 pagi.. 5.8.2011

Lepas operate aku di tempatkan di wad kelas 3, katil 19 (sbb dekt dgn nurse2 yg bertugas, senang nak pantau).. Satu malam jer aku kat katil tu.. esoknya pindah semula ke wad kelas 2 katil 8.. sejuk la pulak duduk bilik aircond.. dua malam lak tu.. rasa macam nak pindah semula ke wad kelas 3.. malam takdela sejuk sgt sb pakai kipas je..

5 hari 4 malam aku kat hospital.. tak dapat jumpa Faris n Haifa.. Rindu betul kat diaorg berdua.. bila keluar je wad, hari isnin masa tu aku ditolak nurse atas kerusi roda.. dengan Fawwaz atas pangku aku.. Nmpk Haifa, aku panggil la.. dia tgk aku pelik jer.. Mungkin sbb nmpak aku pegang baby, atau sb lama tak jumpa.. Faris lak tak kisah pun..

Malam tu jugak gerak balik kampung..

Hari ni usia Fawwaz Haziq dah 17 hari.. Baru dapat update blog ni..

Labels:

Wednesday, July 27, 2011

Klinik Pakar H. Sg. Buloh..

Hari ni gi Klinik Pakar HSB..
Nak tetapkan tarikh caesar...
Minggu depan 4hb kena daftar masuk wad..
5hb (Jumaat) caesar..
Harap semuanya selamat...
Tadi scan baby lagi..
Tengok berat baby dah 3.3 kg.. Cepat je naik..
Minggu depan berapalah gaknya..
Tp berat scan ><400g..
mungkin keluar nanti lebih ringan atau berat..
takpelah, yg penting semua selamat..

Labels: ,

Monday, July 25, 2011

Kacang Panjang...

Tanam pokok kacang panjang kat belakang rumah...
Memang subur la..
Dah banyak kali la makan kacang panjang free dr belakang rumah..
he3...
Malas2 nak masak sayur, petik je..
wat ulam sedap, yg masih keras2, muda2 lagi tu..
Ni lah kacang panjang nya..
Best wat ulam..
Pokoknya pun dah mula layu..
dah nak abis suburnya kot..
Tapi baru2 ni, gi jln2 kat belakang rumah (belah luar la)..
Ternampak lak binatang ni... (Korang nampak x?)
Ulat Bulu... Bukan sekor dua, banyak...
Aiyo... geli geleman tengok..
takut budak terpegang jer..
Alamatnya pokok kacang ni akan dimusnahkan..
Lepas ni nak tanam pun sikit2 jelah..
Mungkin tak tanam da kot...

Labels: ,

Sunday, July 24, 2011

Lepak2.. kat luar rumah jer...

Lepak2 kat luar rumah.. Teman anak2 main...
Sambil tunggu abah dorang balik repair motor..
Haifa yang ceria dapat naik beskal besar..
Faris yang kool cam mama nya.. (he3, yelah tu)
Sampai jer motor abahnya sua2 berkerjar ke pagar..
Kena la bawak dorang pusing2 kejap..

Labels: , ,

Aktiviti Waktu Cuti...

Aktivit waktu ujung minggu.. Bersihkan rumah, bersihkan kipas n lampu..
Tapi budak2 ni lain kerjanya..
Dapat tangga, memanjat.. Jarang2 dapatkan.. Tu yg excited semacam..
Haifa yg memanjat paling tinggi..
dia memang berani pun..
Faris, separuh jalan jer dah turun..

Labels: , ,

Saturday, July 23, 2011

Soto...

Sesekali ujung minggu akan masak soto..
Makan dari pagi berulang sampai malam..
Kiranya sampai jelak la..
Tapi, sib baik aku n hubby mmg suka makan soto..
bahan2 yg dah siap...
Haifa da order 1 pinggan soto..
Faris pun nak...Ready...
Siap tuk makan..

Labels: