Saturday, February 27, 2010

Faris n Topi

Siapa ni??



La.. Faris rupanya...


Faris yang tak pandai nak wat 'peace'


Labels:

Tuesday, February 23, 2010

ZOO NEGARA

Rabu lepas bawa Faris n Haifa g Zoo.. Saje bawak, Faris kenal2 haiwan.. tapi bukan dia heran sangat pun nak tgk2 binatang kat sana.. Yang dia sibukkan masa jalan2 tu, bas lori, lori bas.. pantang nampak dua benda tu.. asik sebut je.. padahal dah hari2 tengok pun..
Penat jugak la jalan kat dalam tu.. Faris sampai sempat lelap la kat kerusi rehat, bawah pokok.. Nasib baik masa tu da ronda.. Bawa tengok serangga.. Ulat Gonggok, sampai ke rumah kalau dia nampak benda panjang2 pun dia kata ulat gonggok.. Sampai kan semalam aku masak sotong, bagi dia makan.. ada kaki sotong dalam pinggan, dia tak mau pegang, ulat gonggok katanya..
Tak dapat nak upload gambar, sebab takda cabel ke laptop, tinggal kat office husband..

Labels: ,

Thursday, February 11, 2010

English Proficiency Course

Mula dari 10.2.2010, aku menghadiri kursus BI di JPNS, Seksyen 4, Shah Alam (lari dari karenah budak2 2 hari)..Kursus sepatutnye bermula pada hari Selasa yang lepas.. Entah mana SILAP nye, sekolah dapat surat pada hari Rabu, melalui Faks.. Petang dekat kul 5 Su call n bagitau aku kena g kursus. Malam tu jugak g survey jalan ke Shah Alam..


Hehe, bukan tak biasa g Shah Alam, selalu sgt gi, tp jadi co-pilot je.. Rabu pagi kul 6.30 aku keluar rumah cam biasa.. 7.15 da sampai, clear je jalan. tak macam gi school.

Seronok gak ikuti kursus ni, sebab kursus ni untuk cikgu2 yang ajar BI tapi bukan opsyen.. pergi balik hari ok lagi la, malasnye g kursus kalau kena bermalam, nak tinggal anak2..

Dah nama nye kursus, mesti kena dok dalam kumpulan dan ada aktiviti berkumpulan.. Lepas tu mesti ada pembentangan..
Salah satu hasil kerja berkumpulan.. tengah kebekuan idea ni sebab sejuk sgt dok bawah aircond..
Sesi pembentangan.. Yang kanan tu salah seorang dari peserta yang mengikuti kursus.. Tapi, macam kenal je kan cikgu ni...
Ni baru fasa 1, Fasa ke2 akan dibuat pada bula 4 nanti..

Labels:

Tuesday, February 9, 2010

Worksheet

Hari Khamis yang lepas aku dapat note dari seorang parent.. Note nye ber bunyi...

'Hubungi saya kalau ada apa-apa bayaran kepada pihak sekolah. tolong jangan minta duit atau apa-apa bayaran dari anak saya kerana beliau tidak mempunyai pendapatan BULANAN'
Ada nama dan nombor talifon disertakan sekali.. Aku minta 50sen tuk fotostat worksheet.. Macam tahun lepas, takda la minta duit tuk fotostat sb ada duit kelas.. tp tahun ni tak kutip duit kelas pada awal tahun.. Aku pun bukan minta duit kat anak dia.. Aku cakap kat budak2 kelas, bagitau kat mak ayah bawa duit 50sen tuk fotostat.. Budak2 lain ok je, ada tu tiap2 hari bawa 50sen nak bayar.. padahal aku pungut sekali je.. Parent budak sorang ni je yg masalah.. Susah parent yag terlalu berkira ni.. Padahal da cakap terang2 tuk fotostat worksheet.
Cerita kat husband, mula2 dia panas gak.. Tapi da lama2 dia suruh cakap je kat parent tu kitaorg sedekah je 50sen tuk fotostat tu kat anak dia.. tapi aku tak cakap lagi pun..
Aku ni takde lah berkira sangat, biasa je aku belikan dulu buku tulis tuk anak2 murid aku (dorang akan bayar kemudian la, tp ada gak yg tak bayar tu aku tak kisah pun), especially 3S..

Labels:

Tuesday, February 2, 2010

Haifa gi Klinik lagi..

Hari ni aku keluar dari sekolah kul 10.45 pagi.. ada appoinment kat Klinik Desa Merbau Sempak.. Bawa Haifa gi inject n timbang.. Haifa da nak masuk 6 bulan.. Sampai2 je tengok tak ramai orang, bagus gak.. tak yah tunggu lama sangat.. Mula2 timbang berat n ukur panjang.. 6.5kg dan 67cm.. Cam biasa lah, berat Haifa naik sikit jer.. Pastu bila nombor naik je, masuk jumpa nurse.. cakap2 sikit pasal perkembangan Haifa n buat temujanji seterusnya, pada 4.5.2010.. Pastu ambil injection tuk Hepatatis (dos 3).. punya lah menjerit Haifa kena cucuk.. siap sedih2 lagi macam org mintak kesian.. tapi tak lama pun, pastu dak leh ketawa2 lagi..
Tak sempat nak ambil gambar Haifa yg terkini.. nanti lah, post akan datang..

Labels:

Faris yang garang

Lama tak update kat sini, tengah busy main game.. hehe...

Saje je nak masuk kan cerita ni.. dah lama dah benda ni berlaku, masa baru2 hantar Faris kat Taska Asitah (tempat baru).. Petang, cam biasa aku ambil anak2 kat taska.. Faris keluar la dapat kan aku kat kereta.. pastu adalah dua orang budak lebih kurang baya Faris pun keluar, panggil2 Faris and lambai.. 'Bye, bye, Faris' kata budak dua org tu kat Faris.. Faris lak bukan nak balas balik.. malah budak2 tu dimarah nye.. 'Hei, babai2.. yam.. acuk..' dialong Faris dgn bunyi pelat.. dia suruh budak 2 org tu diam, dan masuk dalam.. Budak 2 orang tu terdiam, tak cakap ape dah.. Pastu aku pun cakap la kat Faris jgn marah kawan, bye, bye kat kawan.. sengih je dia, dan lambai budak 2 orang tu..
Itulah kisah Faris yg garang.. Tah ikut abah dia gak nye..

Labels: