Wednesday, November 25, 2009

Cuti Sekolah...

Baru minggu 1st cuti, dah rasa x tau nak wat pe... Cam ni lah cikgu, bila time kita nak cuti susah betul nak dapat.. Tapi, seronok nye leh balik kampung lama sikit. Tak sabar nak tunggu sabtu ni..

Balik kg, Ooo balik kg, Ooo balik kg, hati girang...
walau pun perjalanan ke melaka tak jauh mana pun..


Bila dah jadi cikgu ni, teringat gak kat cikgu2 aku dulu.. Sebab tu lah aku suka sangat sajak Guru Oh Guru nukilan Dato Usman Awang...


Guru Oh Guru
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini sesiapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibukota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

walau pun murid2 skrg tidak seperti zaman aku sekolah dulu, tp sedikit sebanyak sajak ini mengingatkan pada cikgu2 aku dulu... thanks to all my teachers..

Labels:

Tuesday, November 24, 2009

Kelahiran Haifa pada 12 Ogos 2009...


Inilah Haifa Zahra, semasa berusia 2 hari. Haifa lahir kat Hospital Selayang, lahir secara ceasar sama macam Faris jugak.. Maknanya lepas ni aku leh pregnant and deliver lagi sekali je :-(.. Dapat baby kembar best gak..

Haifa lepas dicukur masa 20 hari.. Dah nampak cam laki lak.. Tapi rambut dia cepat panjang..
Nanti nak masukkan gambo Faris lak masa baru lahir, korang tgk la nati sama tak ngan Haifa.. Ramai yg kata Haifa ikut rupa abahnye...

Labels:

Permata hati mama dan abah...



Inilah permata hati kami.

Faris Isyraf dan Haifa Zahra...

Syukur sgt sebab dah ada sepasang cahayamata.


Faris yang suka kacau Haifa. Sampai nangis si adik dibulinya.

Tapi lepas tu dia pun nangis sama..

Labels:

Mula...

Tak tau ape nak cerita ni.. Baru mula bual blog, idea tak datang lagi.. Fidah, sebab tengok blog ko selalu la jadi teringin nak wat blog sendiri, Thanks.. tapi aku ni tak byk aktiviti luar cam ko.. cume cite family je la byk..

Labels: