Tuesday, December 29, 2009

Mainan untuk Faris

Husband aku la belikan benda ni untuk anak2..
Buat masa ni, Faris je lah yg boleh main.(Nasib baik ruang tamu tak banyak barang, boleh la letak kat ruang tamu wat Play Zone)
Punya lah suka bila nampak kotak tu ada kat dalam bilik (masa tu belum set up lagi).. "Faris punya" katanya. Semua mainan dia punya, yg Haifa punya pun dia punya kan..
Bila da siap set up, apa lagi..
Saje husband aku beli kan, sebab dia tak pandai lagi nak main kat luar sendiri, kena kitaorg teman kan.. klu dia sorang2 main kat luar, nanti salah masuk rumah lak..

Labels:

Monday, December 28, 2009

Taska baru Faris n Haifa

Hari ni 1st day hantar anak2 aku ke taska baru.. bukan la taska tu baru bukak.. taska tu da lama, cuma tempat baru untuk anak2 aku la..
Tak tau la cam ne.. aku hantar td kul 8:30pg, dorang da siap aku mandikan.. bayar yuran tu seminggu RM100, dgn borang pendaftaran yg da diconteng dek Faris.. Nasib baik cikgu nye tak kisah..
Lepas bayar tadi aku terus balik.. faris ape lagi, nangis la.. tempat tak biasa lagi kot. kat taska yg sebelum ni, dia yg berlari-lari nak masuk kat dalam taska tu.. harap2 nye dia nangis tak lama la.. sian lak kt cikgu nye nanti..
Sebab tu lah aku hantar start minggu ni, nak bagi dia biasa kat situ (tp bulan ni duit klua lebih sikit la, sb bayar 2 tempat),klu antar minggu depan, nanti pagi2 buta dia melalak, mengganggu org sebelah lak..

Labels:

Thursday, December 24, 2009

Kurik Kundi..

Aku suka sgt lagu ni dari dulu lagi.. Nyanyian Siti Nurhaliza.. Banyak loghat dalam lagu ni.. Tp loghat melaka tak de pun.. org melaka punya cakap pun cam biasa je.. Besar jd besau.. Ular jd ulau.. semua yg 'R' kat ujung ditukarkan 'U'.. tp aku tak biasa ckp camtu.. mungkin da terdidik sejak dr kecik.. mak ngan nenek aku klu bercakap pun tak bunyi camtu.. dorang cakap cam da bunyi nogori sikit, tp tak sama la cam nogori..


KURIK KUNDI
nak berkhabar tingginya budi kita ya tuan
nak berkisah kaya tutur bicara
kalau tinggi untung jadi bintang
oh..oh..oh...oh..
kalau rendah masih jadi intan

teratak mahligai bak dipayung teduhnya
bila budi melingkar anak asuhan
adat yang lama berbudi berbahasa
akar kehidupannya

yang kurik itu kundi
yang merah saga
baik budi indahlah bahasa
oh..oh..oh...oh
pantun lama tinggi kiasannya

berpantun seloka sambil menari canggung
serentak melangkah rentak timur diarak
gurau senda
sopannya dijaga
sepakat makin kukuh terikat

hang dok pi hang dok mai
lagu tu lagu mana
pi sini pi sana depa menghela sakan
awatlah dok kalut megah condong ke barat
mai kita..
pakat tarik ramai ramai
biar ke timur condongnya....(tu kah)

nak berkhabar tingginya budi kita ya tuan
nak berkisah kaya tutur bicara
kalau tinggi untung jadi bintang
oh..oh..oh..oh..
kalau rendah masih jadi intan

ada...O...ada..E....bunyinya tidaklah serupa
erti tidak berbeza
betoi yong betoi sungguh
betui ape dikate
selembut tarian hoi...
nak muda berlotah
tutur bahasanya
maghi yop maghilah yong
maghi kita memikio
parit dengan kuala
cakap tidak serupe....(ateh)

dihitung beratus-ratus bilangan
digali beratus-ratus terpendam
di lubuk yang mana,
tak terjangkau ingatan
makin dibongkar makin banyak yang terpendam

di sini ibunya
tersurat kurik itulah kundi
tertulis merah itulah saga
saga dalam lagu pada indah syairnya
kundi dalam tarian indah lenggok tarinya
aduhai indahnya

mana usang diperbaharui
mana lapok hai dikajangi
mana elok dipakai ondeh dipakai
kalau singkat cantik manis
disambungkan
kalau panjang cantik manis
minta dikerat...(yo lah)
yo sungguh yo bonar
kato sungguh dikato
muafakat ya tuan
ibu adat ya ondeh tidak dilupa

tak boghadat
minum tidak bergula
tak bobudi
pohon tidak berbuah
tak boghadat
minum tidak bergula
tak bobudi
bagai pohon tidak berbuah

yang kurik itu kundi
yang merah saga
baik budi indahlah bahasa
oh..oh..oh..oh..
pantun lama tinggi kiasannya

halus manis hai bila berkata
hai lapik berkias
molek sungguh lah wei
santun lakunya wei merendah suara
bagai berpayung wei rasa teduhnya
teghtek teghning oghe kito
hok tu keno jago
jange sape berlete kale
l'uar napok come
jange d'ale habih k'uca lembe
l'uar napok come
jange d'ale habih k'uca lembe

membubutlah bayu
lalu limpas siring semalu
mengalai bagai tari sesuku
tari sesuku

selembut madah begitu taghi
sek ada sakit ghasa di hati
kame' nyambut madah tuan hulurkan
kita' nyambut madah kame' tuturkan

nak berkhabar tingginya budi kita ya tuan
nak berkisah kaya tutur bicara
kalau tinggi untung jadi bintang
oh..oh..oh...oh
kalau rendah masih jadi intan

yang kurik itu kundi
yang merah saga
baik budi indahlah bahasa
oh..oh..oh..oh..
pantun lama tinggi kiasannya

Labels:

Thursday, December 17, 2009

Tanggal 17 December...

Hari ni hari jadi husband aku.. Saje aku buat kan cheesecake, sb dia suka makan cheesecake, banding kek lain. aku tak pernah buat cheesecake sebenar nye. ni baru 1st time buat.. hehe..

Ni lah rupa cheesecake nye, topping blueberry.. buruk je rupa nye kan, aku tak pandai nak menghias bg cantik. main sapu je..

Tapi tak leh nak makan lagi.. Petang ni lepas keje husband aku nk tgk bola, Malaysia lwn Vietnam (tgk kat mamak je tu), malam lak dia nak g main futsal ngan member2 opis.. ehmm, kena lah tgu..


Hadiah nye pulak
Husband aku suka bola sepak, ni favourite team dia.. Manchester United..
So aku pun kirimlah member aku yg study kat Nottingham, beli jersi Manchester United ni.. bole je beli kat cni, harga lebih kurang je sebenar nye.. saje, bg ada aroma flight.. haha

Labels:

Wednesday, December 16, 2009

Amani Mirza..

Ni gambar Amani dengan aunty Tini, masa kitaorg g umah Nani.. Masa ni baru beberapa hari usia Amani klu tak salah aku.. Kecik je (lahir 2.8kg), yelah nak banding ngan Haifa, lahir 3.6kg..
Tapi sekarang...
Ni gambar Amani dah masuk sebulan.. Makin tembam n sihat.. Minum susu mama ni kan.. Ehmmm..

Labels:

Gambar Faris Isyraf (masa baby) n Haifa Zahra

Saje aku letakkan gambar anak2 aku ni.. Wat kenangan..

Faris Isyraf (10 hari)
Haifa Zahra (11 hari)
Faris Isyraf (2 bulan)
Haifa Zahra (2 bulan)

Labels:

Gambar anak buah (anak sepupu aku sebenarnye) hehe..

Balik kampung hari tu g tgk anak sepupu aku. Alya Zahirah nama baby dia.. Masa lahir 2.75 kg..
Ni masa baru lahir (tgk pipi dia, macam da 4kg)

Ni pulak masa da sebulan 4.6 kg

Sekarang da 2 bulan mesti lagi semangat badan dia.. Nak masukkan gambar mama n abah dia, takde lak gambo diorg.. Tp masa aku jumpa hari tu alya ikut rupa abah..


Labels:

Thursday, December 10, 2009

Baby Faris

Ni gambo2 Faris masa baby.. Gambo Haifa korang da tengok kan.. Ni gambo2 Faris pulak..


Tapi kualiti gambo nye tak berapa cantik la.. sebab amik pakai handphone je (MP nye kureng la)


Faris masa 3 hari .


Yang bawah ni da botak, masa ni da 18 hari..
(Faris cukur masa usia dia 5 hari)

Tengok ketawa Faris, sama ngan Haifa... Mata pun sama bulat.. Tp ada satu yg x sama.. ape gaknye?? hehe (Haifa gelap sikit kan, ikut mama n abah... Faris lak ikut nenek nye kot, cerah)

Labels:

Wednesday, December 9, 2009

Pasal Taska lagi..

Jumaat ni nak g jumpa owner taska dekat rumah.. Nak bincang pasal anto anak2 kat c2 tahun depan.. nak tgk2 gak environment nye, klu ok leh terus register kat c2.. dari segi bayaran kira masih ok lagi la tuk 2 orang RM450 sbb pakej (tempat skrg RM530).. tp bab bayaran tak penting, klu mahal sikit tp cara penjagaan nya ok, tak pelah.. jgn bayar mahal, tapi lebih kurang je jaganya. harap2 nye taska ni oklah.. banyak taska kat DC ni a kena try n error la.. klu dapat yg ok, Alhamdulillah...

Labels:

Tuesday, December 8, 2009

Haifa g klinik...

td bawak Haifa g klinik.. timbang je, xde cucuk tuk 4 bulan.. berat nye naik sikit je.. berat-5.9 kg, panjang-62.5cm.. kul 10.45 da balik, sampai klinik td kul 10.00pg.. bagus nye g klinik desa, x tunggu lama..
balik td ni aktiviti dia..
da beberapa hari da dia da start pandai hisap kaki.. Abah dia cakap 'Haifa nak adik?' he3

Aku jawab nanti lah tgu Haifa 2 tahun.. Sempat ke?? kah3 (yg last ni, rasanye taknak la jarak jauh sgt)


Labels:

Monday, December 7, 2009

Haifa meniarap..

Haifa dah pandai meniarap...




Baru pandai meniarap ni, asik nak berpusing je.. tido tengah malam pun nak meniarap, tapi matanya lelap..

Labels:

Faris Solat?! Ehmmm..

Dia sendiri yg buat, mula2 amik tuala Haifa.. Punyalah susah payah da bentangkan tuala tu, aku nak tolong dia tak bagi lak tu.. Last, baru betul..

1. Mula-mula berdiri betul(betul2 punya berdiri ni)


2. Allahuakbar


3. Sujud pulak..


4. Pastu terus doa. Amin..


Buat lah camne pun, jangan masa kecik je nak ikut solat. bola da besar tak mau pulak..
Ape2 pun moga anak2ku menjadi anak yang soleh dan solehah..

Labels:

Wednesday, November 25, 2009

Cuti Sekolah...

Baru minggu 1st cuti, dah rasa x tau nak wat pe... Cam ni lah cikgu, bila time kita nak cuti susah betul nak dapat.. Tapi, seronok nye leh balik kampung lama sikit. Tak sabar nak tunggu sabtu ni..

Balik kg, Ooo balik kg, Ooo balik kg, hati girang...
walau pun perjalanan ke melaka tak jauh mana pun..


Bila dah jadi cikgu ni, teringat gak kat cikgu2 aku dulu.. Sebab tu lah aku suka sangat sajak Guru Oh Guru nukilan Dato Usman Awang...


Guru Oh Guru
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang Peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini sesiapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibukota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

walau pun murid2 skrg tidak seperti zaman aku sekolah dulu, tp sedikit sebanyak sajak ini mengingatkan pada cikgu2 aku dulu... thanks to all my teachers..

Labels:

Tuesday, November 24, 2009

Kelahiran Haifa pada 12 Ogos 2009...


Inilah Haifa Zahra, semasa berusia 2 hari. Haifa lahir kat Hospital Selayang, lahir secara ceasar sama macam Faris jugak.. Maknanya lepas ni aku leh pregnant and deliver lagi sekali je :-(.. Dapat baby kembar best gak..

Haifa lepas dicukur masa 20 hari.. Dah nampak cam laki lak.. Tapi rambut dia cepat panjang..
Nanti nak masukkan gambo Faris lak masa baru lahir, korang tgk la nati sama tak ngan Haifa.. Ramai yg kata Haifa ikut rupa abahnye...

Labels:

Permata hati mama dan abah...



Inilah permata hati kami.

Faris Isyraf dan Haifa Zahra...

Syukur sgt sebab dah ada sepasang cahayamata.


Faris yang suka kacau Haifa. Sampai nangis si adik dibulinya.

Tapi lepas tu dia pun nangis sama..

Labels:

Mula...

Tak tau ape nak cerita ni.. Baru mula bual blog, idea tak datang lagi.. Fidah, sebab tengok blog ko selalu la jadi teringin nak wat blog sendiri, Thanks.. tapi aku ni tak byk aktiviti luar cam ko.. cume cite family je la byk..

Labels: